Ratu Langkasuka (Queen of Langkasuka) 2009

Sejarah Melayu yang dikisahkan oleh orang lain.
Banyak melayunya dalam filem ini. Ada baju melayu dan tengkolok. Ada watak-watak melayu yang Islam. Ada Haji Kadir sebagai pembesar. Ada Putera dari Pahang, tapi muka macam kacukan Jepun.
Langkasuka ialah kerajaan di Segenting Kera. Ia separuh Siam separuh Melayu.
Queen of Langkasuka sebuah filem epik yang (pada saya) berjaya membangkitkan semangat kegemilangan tamadun nusantara. Walaupun secara fizikalnya tamandun-tamadun sebelah nusantara ini kurang meninggalkan impak. Tidak seperti Yunani, Rom, China dan India yang meninggalkan banyak kesan pembangunan fizikal. Pun begitu ini tidak bermakna tamadun sebelah sini tidak signifikan kepada peradaban manusia.
Melalui filem ini, masyarakat Langkasuka sudah mula mencipta pelbagai teknologi. Antaranya teknologi sirip untuk berenang, mencipta perlatan untuk terbang. Teknologi peperangan dan maritim juga sudah maju.