Srikandi Tanah Jauhar

Oktober 25, 2009 at 1:47 am (Teater) (, , , )

Petikan dari puterijb.

DSCN2544Srikandi Tanah Jauhar mengungkap kegigihan anak-anak muda dalam memperjuangkan maruah bangsa dan tanah air. Johor pernah memiliki wilayah amat luas yang meliputi Terengganu, Kepulauan Riau melangkauan Pahang, Singapura dan selatan Semenanjung Tanah Melayu malah Johor itu berasal daripada perkataan ‘jauhar’ yang membawa makna ‘permata’ oleh pedagang-pedagang dan pendakwah dari Timur Tengah.

Novel Si Bongkok

Srikandi Tanah Jauhar berlatarbelakangkan dua zaman. Zaman Bongkok sekitar awal tahun 1900 digabungkan dengan latar belakang Tun Fatimah sekitar tahun 1500. Perjuangan dengan jiwa raga, darah dan air mata dalam menegak kedaulatan tanah tumpah darah, mempertahankan ideologi sedia ada serta menghapuskan ideologi lapuk yang membebankan orang kebanyakan. Mereka menjadi lagenda kepada para pejuang pada masa kini. Perjuangan melalui kuasa politik diteruskan dengan mengambil semangat daripada roh-roh pejuang yang tubuhnya telah lindap di bawah lapisan tanah namun semangatnya masih mengapung tekad tekal generasi warisan masa kini.

Rahimah Muda sebagai pengarah

Karya dan Arahan: Rahimah Muda

Ulasan

Jarang saya dapat menonton persembahan teater. Beberapa kali ada tahun 2005 di Alor Star. Tahun lepas di MATIC, itupun pementasan Randai dan bangsawan. Justeru tidak banyak yang boleh saya komen.

Saya suka dan puji inisiatif sebegini. Teks dan kisah sejarah diolah semula. Justeru nilai perjuangan dan taat kepada negara dapat meresapi ke dalam jiwa penonton, kerana ditampilkan dengan cara segar.

Tahniah kepada Rahimah Muda. Kita kekuarangan karyawan yang bersungguh membikin karya yang bermanfaat kepada audien.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen