Bolt (2008)
Filem disarankan oleh seorang sahabat lama saya, Amzari. Terima kasih.

Bolt (bolt-coloring-pages.blogspot.com)
Animasi Walt Disney
Sukar untuk menafikan tarikan pada filem-filem terbitan Walt Disney (ditubuhkan 1923). Lebih dari itu sebahagian besar terbitan mereka (yang saya tonton) sarat dengan nilai yang tinggi. Terutama nilai kasih sayang dan kekeluargaan.
Kebanyakan animasi Walt Disney menggunakan watak haiwan sebagai simbol.
Satu filem terbitan Walt Disney yang paling memberi kesan kepada saya ialah The Miracle Worker (akan cuba saya catatkan).
Bolt
Mengambil judul dari watak utama yang diperankan oleh seekor anjing berusia lima tahun. Bold ialah anjing pelakon. Sejak di beli oleh Penny (pelakon siri superhero), Bolt meyakini bahawa dia benar-benar memiliki superpower ’super bark’.

Penny si penjaga Bolt
Sehinggalah ketika watak Penny diculik, Bold berusaha dengan sungguh-sungguh meloloskan diri. Akhirnya dia terlepas dari studio. Bermulalah pengembaraan Bolt ke dalam dunia sebenar.
Bolt ditemai oleh Rhino seekor hamster dan Mitens seekor kucing jalanan. Secara beransur-ansur Bold mulai sedar akan realiti sebenar, namun berusaha untuk mendapatkan penjaganya, Penny.
Walaupun ia hanya berkisar tentang seekor anjing yang konfius, namun disebalik itu banyak mesej besar diselitkan. Sangat menyentuh perasaan. Hanya sahaja saya malu untuk mengatakan bahawa jiwa lelaki saya tersentuh.
Ada beberapa perkara dapat saya kutip.
1. Batas realiti dan fantasi itu boleh dikaburkan. Bolt berjaya melepasi semua halangan untuk mendapatkan Penny, walaupun tanpa bantuan ’super bark’. Hanya kerana Bolt percaya dan yakin dengan dirinya.

Mitten
Halangan paling besar berada dalam diri seseorang ialah dirinya sendiri. Sebelum berusaha, ramai yang sudah kalah sebelum berjuang. Bolt sebaliknya.
2. Kesungguhan. Dengan kesungguhan dan semangat yang jitu banyak perkara mustahil dapat dilaksanakan. Lihat bagaiman Thomas New Edison sanggup berkesperimen dengan 1000 mentol sebelum berjaya meghidupkan satu mentol. Saya terkesan dengan kisah Hellen Keller (lahir 1880) yang pekak dan buta namun akhirnya berjaya mendapatkan ijazah di universiti dan mengelilingi 39 buah negara. Sebahagian besar dari kegagalan manusia pada hari ini adalah berpunca kurangnya kesungguhan.
3. Persahabatan. Pengalaman membuktikan anjing merupakan sahabat yang setia. Bolt pertaruhkan kesetiannya kepada Penny dan akhirnya menyelamatkan penjaganya itu.
4.

Rhino
Hidup adalah pentas lakonan. Walau tidak dalam drama atau sandiwara, semua manusia hidup dalam lakonan. Lakonan dunia realiti dalam bentuk pendustaan, penipuan, berpura-pura, dan bermuka-muka. Hidup adalah lakonan dan jurinya adalah malaikat.
Selamat menonton.
Mengejar August (August Rush (2007))
I believe in music the way some people believe in fairy tales’
‘You love the music more than your food, more tha your life’
Muzik dan filem mana mungkin dipisahkan. Ya, mungkin hanya ketika zaman filem diperkenalkan. Ketika itu filem ditayangkan tanpa suara sekitar tahun 30-an. Pun begitu muziknya ialah hilaian ketawa dan respon dari penonton. Muziknya bermaik sendiri dalam visual penonton. August Rush ialah sebuah filem muzikal yang berjaya memegang hati.
Pengarah & penulis : Krinsten Sheridan
Muzik : Mark Mancina
Pelakon : Freddie Highmore, Keri Russell (Waitress), Jonathan Rhys Meye
Sinopsis
Evan Taylor (Freddie Highmore) seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah anak yatim. Dia adalah hasil hubungan tanpa nikah (ini cool dalam budaya barat) Lyla Novacek, seorang pemain violin professional dan Louis, seorang pemuzik band indie. Bertemu secara tidak sengaja pada satu malam dan ‘buat’ Evan. Mereke terpisah oleh karier dan desakan bapa Lyla. Dan dengan senyap-senyap bapa Lyla memalsukan tanda tangan Lyla menyerahkan Evan ke rumah anak yatim. Lyla dikhabarkan bahawa kandungannya keguguran. Hanya selepas 12 tahun dan 6 bulan Lyla baru tahun bahawa anaknya masih hidup.
Keluarga
‘Air dicincang masakan boleh putus’. Filem ini bercerita perjalanan 3 manusia sekeluarga yang dipisahkan oleh situasi mencari jalan pulang untuk bersama. Dan panduan utama pencarian utama itu adalah intuisi. Begitulah kuatnya hubungan darah dan benih. Evan seorang prodigy muzik yang mewarisi bakat ibu dan ayahnya.
Lakonan Freddie sangat berkesan. Riak wajah dan redup matanya sahaja cukup menerbitkan gelora seorang anak yang ditinggalkan. Evan tidak pernah berhenti berharap untuk menemui keluarganya. Ketika ditanya apakah impiannya yang paling besar dalam hidup, jawapannya mudah, ‘found’, yakni ditemui ibu dan ayahnya. Bahkan Evan sangat yakin bahawa ibu dan ayahnya masih mahukannya dan sedang mencari.
Muzik
Filem berjalan dengan muzik yang sangat harmoni. Menjadikannya sangat senang ditonton. Mengalir tanpa sekat. Evan ialah seorang prodigi muzik. Itulah istilah tepat bagi kanak-kanak yang pintar melakukan sesuatu diluar batasan usianya. Genius kurang tepat. Kes keupayaan luar biasa kanak-kanak ini hanya berlaku dalam dua situasi sahaja, sama ada matematik ataupun muzik. Inilah pendapat pakar psikologi yang lebih kuat.
Prodigi, genius dan polymath
Justersu Sufiah dan Adiputra ialah prodigi tetapi belum tentu lagi genius. Genius ialah keupayaan melakukan satu penyelesaian masalah atau menerbitakan idea yang tidak pernah dilakukan oleh orang sebelumnya. Sementara prodigi ialah keupayaan melakukan sesuatu melewati batas usianya. Contoh manusia genius ialah Albert Einstein dan Prof John Nash.
Aristotel menakrifkan genius sebagai orang yang mahir dalam banyak bidang. Istilah lainnya ialah polymath. Dalam sejarah memang ada manusia yang pakar dalam banyak bidang. Contohnya ialah Ibn Sina dan Leonardo Da Vinci. Tidak seperti hari ini, semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakin sempitlah bidangnya. Kalau zaman dahulu semakin bijak seseorang itu maka semakin luar bidang kepakarannya.
August Rush Berjaya membuatkan saya menangis dihujung ceritanya. Tiga watak tamanya dimainkan dengan begitu bagus sekali. Tanpa banyak dialog yang berjela-jela kekuatan utamanya ialah pada mood dan perasaan yang dibawa. Iya, walaupun August Rush agak sedikit Hindustan dan ‘berkebetulan’.
Ia mengingatkan saya kepada Music of The Heart.
Bapaku Romulus (Romulus, My Father :2007)
Seronokkan apabila kia dapat menulis kisah peribadi. Memori waktu kecil sebagi contoh, dibukukan, dibaca khalayak dan lebih beruntung apabila ia difilemkan buat tontonan ramai dan menyertai majlis anugerah. Tidak ramai berupaya mengimpikan ini semua. Ramai lagi manusia yang cita-citanya tidak lepas pucuk kelapa di belakang rumahnya. Cukup sekadar mampu miliki kereta sederhana mewah, telefon bimbit model terkini dan mampu duduk minum kopi yang harganya belasan ringgit secawan.Cukup.
Sebaliknya saya memilih untuk bersama golongan yang sedikit, untuk memiliki memoir sendiri yang dibaca ramai. Mahu menerbitkan filem biografi yang boleh memberi inspirasi kepada penonton.
Romulus, My father ialah adaptasi memoir Raymond Gaita. Ia lebih kepada ‘tribute’ kepada bapanya Romulus Gaita, seorang Yugoslavia yang berhijrah ke Australia selepas Perang Dunia Kedua. Raymond ialah anak ayah. Ibunya curang dan akhirnya bunuh diri. Suami baru ibunya juga akhirnya bunuh diri kerana kecewa. Akibat tekanan, Romulus akhirnya dimasukkan ke hospital sakit jiwa.
Raymond Gaita menyaksikan semua berlaku disekelilingnya. Situasi memaksanya menjadi lekas dewasa. Mengasuh adik tirinya setelah ibunya ‘meroyan’. Menjaga makan dan pakai bapanya yang tekanan jiwa. Pun begitu, tekanan hidup ternyata mematangkan Raymond dan menjadi professor falsafah di sebuah universiti di Australia.
Ulasan
Sinematografi cemerlang. Latar suasana 60-an ditangkap dengan baik sekali. Begitu juga dengan dengan kesan bunyi.
Namun begitu, saya punya masalah dengan pelakon-pelakonnya. Eric Bana sebagai Romulus yang migrasi dari Yugoslavia, dan bekerja sebagai tukang besi. Tidakkah Eric Bana kelihatan sangat ‘well-groomed’, tidak seperti ‘lelaki ladang’ yang sepatutnya. Lakonan secara keseluruhan sangat sederhana berbanding dengan sinematografi dan runut bunyi.
Pun begitu Romulus, My Father masih filem kegemaran saya. Tema keluarga yang bermasalah, usaha seorang ayah demi memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Babak paling mengesankan ialah ketika Raymond menangis di sebelah baringan bapanya selepas kematian ibunya.
Romulus, My Father ialah kisah Raymond yang paling banyak dipengaruhi oleh bapanya.
Kata-kata yang tidak dapat saya lupakan ialah, ‘Lelaki dinilai dari pekerjaanya, bukan berdasarkan filem yang ditontonnya’.
Eliana, Eliana (2002)

Saya bukan pengulas filem yang baik. Jauh sekali memasang angan-angan mahu menjadi pengkritik filem. Yang penting saya suka membaca ulasan @ kritikan dari Johan Jaafar, A Wahab Hamzah, Hassan Mutalid dan beberapa blogger lain. Itu benar. Saya suka.
Saya sekadar berkongsi apa perasaan saya pada setiap kali menonton sesebuah filem.
Eliana, Eliana, bak kata pengarahnya Riri Reza, ia seakan sebuah eksperimen terhadap gagasan dogma. Entah, apapun saya tidak mengerti. Saya berkeras untuk tidak memahami apa-apa pun teori tentang filem dan cara bikinannya. Saya mahu kekal sebagai penonton.
Saya melihat Eliana, Eliana sebagai sebuah filem yang ringkas jalan ceritanya (kurang dari 12 jam tempoh ceritanya). Namun melalui peristiwa satu malam itu, ia mengungkap kisah puluhan tahun. Bermula dari kenangan Bunda (Jajang C. Noer) berkahwin pada usia muda, detik Eliana dibesarkan oleh Bunda dalam kemewahan, hingga ke peristiwa Eliana dinikahi secara paksa dan lari meninggalkan kota Padang ke kota Jakarta.
Jiwanya sangat besar. Melewati konflik pertentangan pendapat dua generasi, ibu dan anak. Ini merupakan luahan hati pengarah terhadap pertentangan generasi muda dan generasi tua.
Menyertai dua festival filem antarabangsa di Singapura dan Vancouver.
Filem ini mengingatkan saya kepada sebuah novel kecil yang ber’isi’ besar, Perburuan oleh Pramoedya Anantra Toer. Karya kecil penulis besar ini hanya mengandungi 4 bab, setiap bab untuk satu babak. Walaupun hanya empat babak, namun novel pertama Pram ini mampu mengungkap persoalan merentasi cinta, pengkhianatan, sejarah bangsa dan perjuangan. Elian, Eliana juga punya ciri yang sama.