Wira Kilat (The Storm Warriors)

Disember 15, 2009 at 3:32 pm (Bahasa Asing)

Saya antara peminat (bukan fanatik) komik Pedang Setiawan pada zaman sekolah. Pada ketika itu turut popular komik-komik seperti Anak-Anak Wira, Dendam Kesumat dan Juara Wira. Justeru watak-watak heronya sering bermain di bibir remaja ketika itu. Antara yang paling digilai ialah Ji-fat dengan hikmat ‘Aura Biru Nila’, Penyelamat Dunia, Naga Merah, Harimau Hitam dan beberapa yang lain.

Namun saya secara peribadi melihat Pedang Setiawan punyai daya tarik dan kelebihan tersendiri. Satu darinya ialah kerana ‘kepanjangan’  dan kompleksiti cerita. Juga dek lukisan yang lebih artistik berbanding komik lain.

Tentu sahaja nama-nama Penjejak Awan, Penjejak Badai, Fakir Pedang dan Tanpa Nama tidak pernah luput dari babak-babak pertarungan dan hikmat-hikmatnya.

Komik ke adaptasi filem

Dari sudut watak, babak pertarungan dan cerita ia tidak dapat disangkal lagi.  Sudah teruji berpuluh tahun.

Hanya saja versi filem punya masalah apabila terlalu banyak teknik CGI digunakan untuk menggambarkan babak pertarungan. Bukan saya seorang sahaja yang rasa begitu, termasuk juga rebiu-rebiu dari laman lain merasakan hal yang sama.

Hampir setiap hayunan pedang di’slow motion’kan. Sehingga hilang debaran pertarungan itu.

Berbanding versi komik, versi filem ini sangat kurang umph nya pada saya.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Ashes of Time Redux (1994 / 2008)

September 30, 2009 at 4:02 pm (Bahasa Asing) (, , )

Wong Kar Wai selalu disebut-sebut dalam rebiu-rebiu filem Hong Kong. Satunya tentu kerana filem-filemnya pernah tercalon dan menang dalam anugerah filem paling prestij, Cannes.

200px-In_the_Mood_for_Love_movieSaya amat meminati In The Mood For Love. Manakala Happy Together agak memening dan merunsingkan. Pening kerana babak-babaknya (satunya tentu ‘panas’) yang cepat, kabur dan diam.

Ashes of Time Redux sebuah filem terbitan tahun 1994. Ketika itu pelakon utamanya (Leslie Cheung 1856-2003) masih hidup dan di edit dan tayang semula pada tahun lepas (2008).

Ulasannya

Sehingga separuh masa tayangan, dengan membaca sarikata, saya masih terpinga-pinga apakah cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah. Setelah usai tayangan, saya toleh dan bertanya kepada teman saya. Dia hanya menggeleng tanda tidak faham.

Namun katanya, dia suka filem ini.

Begitu juga saya. Dengan mengetepikan soal cerita yang sukar untuk diterjemah (bahkan pengkritik antarabangsa juga menyebutkan begitu!), Ashes of Time Redux sebuah filem yang menarik.

Tataseni filem-filem Wong Kar Wai mengasyikkan. Bunyi-bunyi instrumen tradisional mengiringi babak-babak filem.

Entah apa lagi yang boleh saya ulas.

Walaupun maksud filem ini masih kabur, namun saya menikmati menonton filem ini. ;-) .

Pautan Kekal 2 komen

Wolfhound (2009/2007)

Jun 21, 2009 at 4:40 am (Bahasa Asing)

UntitledSelain filem berbahasa Inggeris (baca Hollywood), apabila filem itu ditayangkan diperingkat antarabangsa (lebih-lebih lagi Malaysia yang obses dengan segala yang bercap USA) tentu ada sesuatu yang extra. Ini filem Rusia. Dengan beraninya ditayangkan Malaysia.

Daya tarik poster filem ini dikaitkan dengan Lord of The Ring.

Ia sebuah filem epik. Terbit dan tayang di Rusia pada tahun 2007.

Malang sekali saya menempa rekod keluar panggung sebelum filem tamat. Naratifnya memeningkan. Mungkin ini gaya orang Rusia bercerita. Kerana setiap negara-bangsa mempunyai cara dan stail bercerita tersendiri. Lihat sahaja cara filemfilem Jeman, Perancis dan Sepanyol. Khilaf dengan ‘mainstream’ ala Hollywood. Ini saya berusaha untuk kompromi.

2. Kelemahan yang sangat ketara ialah, alih bahasa. Ini bukan animasi. Alih bahasa meninggalkan kesan ketara pada penghayatan filem. ‘Feel’ pengucapan dan intonasinya hilang apabila ia dialihbahasa.

3. Teknik kameranya dan aksi pertarungan nampat sangat seramai. Padahal menang MTV Rusia untuk anigerah pertarungan terbaik. Mungkin babak terbaik itu ada pada akhiran cerita yang tidak sempat saya tonton.

4. Terasa seperti menonton filem era 70-an.

Apa yang boleh orang industri lakukan pada filem-filem asing ialah, cuba kekalkan bahasa asal. Hanya sediakan sari kata yang lebih baik.

P/s: Tahun lepas KL Convention Centre pernah menganjurkan Festival Filem Rusia. Sayang saya tidak sempat ikut serta.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen