Awan Mendung dengan Kebarangkalian Hujan Bebola Daging
Mungkin terjemahan judul filem anmasi ini terasa jaggal dan kelakar. Akan tetapi bukankan dalam Bahasa Inggeris pun ia berbunyi pelik.
Flint Lockwood seorang anak yang gemar mencipta. Dari kecil dia cuba mencipta macam-macam benda. Antaranya televisyen berkaki, tikus bersayap dan kereta terbang. Namun ciptaannya itu kebanyakannya separa-siap. Flint selalu diejek bodoh dan gila kerana sikap gemar menciptanya itu.
Ciptaan Flint yang paing besar ialah mesin memproses air menjadi makanan. Ia belaku secara tidak sengaja pada awalnya. Tiba-tiba mesin ciptaan Flint meletus dan terbang ke langit lalu menukar hujan menjadi burger. Sejak hari itu hidup Flint mula berubah.
1. Inovasi
Sikap prejudis dengan ciptaan dan inovasi baru bukanlah perkara yang baru. Sejarah peradaban Eropah mencatatkan saintis dan inventor dipandang hina dan dituduh melawan agama (Kristian ketika itu). Galieo Galilie, sebagai contoh, dikecam dan dihukum kerana kajian sainsnya menunjukkan bumi mengelilingi matahari. Sedangkan pihak gereja ketika itu beriman bahawa bumi adalah paksi alam.
Sejarah mencatatkan seseorang yang melalukan perubahan, membawa pembaharuan atau cuba mencipta sesuatu yang baru untuk masyarakat, dituduh dengan berbagai label. Baca buku tulisan Ainon Mohd & Abdullah Hassan tentang membina dan merancang cara berfikir untuk menjadi inventor.
2. Makan dan makanan
Dari sisi lain, filem ini membawa kita ke satu situasi yang melanda umat manusia. Iaitu obsesi kepada makanan.
Seperti kata Jalil Hamid, ada orang mati kerana tak cukup makan. Dan yang lebih mengejutkan ramai juga manusia yang mati kerana terlebih @ tersalah makan.
Juga saya teringat satu babak dari filem animasi Over The Hedge, satu watak haiwan berkata, “Manusia menyembah makanan”, merujuk kepada doa tadah tangan yang di baca didepan makan. Ini budaya dalam banyak ajaran agama. Hanya saja tafsiran watak ini berbeza. Kemudian melihat manusia bersenam menggunakan alat elektronik katanya punya, “Manusia bersenam supaya dapat makan dengan lebih banyak”.
Obses kepada makanan natijahnya obesiti. Saya pernah membaca satu hadis nabi berkaitan akhir zaman. Antara dikatakan manusia akhir zaman ‘banyak lemak’. Cuma saya masih berusaha mendapatkan semula sumber rujukan hadis ini.
Sindiran tajam tentang obesiti dapat disaksikan dalam filem Wall-E apabila manusia semua menjadi bulat seperti babi gumuk yang hanya tahu makan dan makan. Sehingga berjalan pun perlu kerusi roda automatik.
Sudah ada restoren makanan segera terkenal yang memperkenalkan pelekat kenderaan.
3. Hubungan ayah dan anak lelaki
Akhir-akhir ini (atau hanya saya baru perasan), banyak filem membicarakan tema hubungan ayah dan anak (terutama anak lelaki). Termasuk The Pursuit Happines dan Papadom.
Dalam filem ini, dua watak bapa memainkan watak penting bersama-sama anak lelaki mereka. Mungkin mesej yang ingin disampaikan agar lelaki turut mengambil bahagian dalam proses tumbesaran anak-anak terutama bagi anak lelaki.
Hari ini, sebahagian bapa menyerahkan tugas membesar dan mendidik anak-anak kepada isteri bulat-bulat. Yang penting pada mereka cukup menyediakan makan, pakai dan wang yang cukup.
G-Force (2009)
Persepsi umum menyatakan, animasi (dan filemnya) adalah hanya untuk kanak-kanak. Lebih-lebih lagi apabila watak-watak animasi itu fiksi seperti watak-watak Gforce. Akal sihat menolak haiwan yang boleh bercakap dan boleh bersekutu menjalankan misi.
Namun tidak semua yang umum dan banyak itu benar.
Seni dan teknologi membikin filema animasi lebih tinggi berbanding filem biasa. (Ya, dengan tidak menafikan kedua-duanya punya seni dan taknologi).
Tidak sedikit juga filem @ drama ‘real’ dan manusiawi yang kualitinya sangat sampah. Hinggakan kanak-kanak pun tidak layak menontonnya.
G-Force
Walaupun pada awal saya agak berat untuk menonton filem ini kerana rebiunya sangat buruk. Tidak seperti Up yang diulas positif.
Saya berpegang ; Walt Disney dan animasi selalu menjanjikan sesuatu yang luar jangka.
Saya melihat G-Force lebih dari sekadar aksi comel binatang kecil yang bijak.
1. Tema sahabat dan keluarga sangat pekat dalam filem ini. Bagaimana dendam Speckels kepada manusiayang merampas keluarganya. Dan juga keinginan haiwan-haiwan di dalam kedai haiwan, begitu mengingikan tuan yang memiliki mereke, atas nama keluarga.
4 guinie pig (Darwin, Hurley, Juarez dan Blaster) mengikat persahabatan mereka menjadi sebuah keluarga.
Begitu watak-watak dalam filem ini berusaha untuk mengikat tali persaudaraan. Mungkin ini sebahagian dari gambaran masyarakat yang sudah ‘hilang’ keluarga.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila tidak sedikit manusia yang menyisih keluarga yang dikurianakan kepada mereka. Ada ibu yang sanggup buang anak(bayi yang comel). Ada anak yang tegar membiarkan ibu bapa uzur hidup melarat begitu sahaja.
2. Watak-watak Gforce jugamemberi inspirasi. Bagaimana tim ini mempercayai bahaa mereka adalah haiwan yang telah diubah suai genetik menadi hebat. Sedangkan mereka hanya haiwan biasa. Namun berjaya bertindak luar biasa. Hanya atas kemahuan dan azam yang tinggi. Sama seperti Bolt.
Realitinya juga begitu. Kemahuan dan azam yang tinggi adalah aset yang paling penting untuk berjaya. Manusia-manusiayang ternama dan bergelar, semuanya berasal dari manusia biasa. Baik Muhammad, Eistein atau Michael Jackson. Bahkan sebahagian mereka dari golongan bawahan yang tertindas. Bukankah Thomas Edison si penciptan mentol itu pernah dihalau keluar oleh gurunya kerana dungu.
Justeru yang membezakan satu manusia gagal dan satu manusia berjaya ialah ; kemahuan dan kerja kerasnya.
Tim G-force (walaupun ada sedikit unsur fiksinya) membuktikannya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
3. Humor-humornya menjadi.
Bolt (2008)
Filem disarankan oleh seorang sahabat lama saya, Amzari. Terima kasih.

Bolt (bolt-coloring-pages.blogspot.com)
Animasi Walt Disney
Sukar untuk menafikan tarikan pada filem-filem terbitan Walt Disney (ditubuhkan 1923). Lebih dari itu sebahagian besar terbitan mereka (yang saya tonton) sarat dengan nilai yang tinggi. Terutama nilai kasih sayang dan kekeluargaan.
Kebanyakan animasi Walt Disney menggunakan watak haiwan sebagai simbol.
Satu filem terbitan Walt Disney yang paling memberi kesan kepada saya ialah The Miracle Worker (akan cuba saya catatkan).
Bolt
Mengambil judul dari watak utama yang diperankan oleh seekor anjing berusia lima tahun. Bold ialah anjing pelakon. Sejak di beli oleh Penny (pelakon siri superhero), Bolt meyakini bahawa dia benar-benar memiliki superpower ’super bark’.

Penny si penjaga Bolt
Sehinggalah ketika watak Penny diculik, Bold berusaha dengan sungguh-sungguh meloloskan diri. Akhirnya dia terlepas dari studio. Bermulalah pengembaraan Bolt ke dalam dunia sebenar.
Bolt ditemai oleh Rhino seekor hamster dan Mitens seekor kucing jalanan. Secara beransur-ansur Bold mulai sedar akan realiti sebenar, namun berusaha untuk mendapatkan penjaganya, Penny.
Walaupun ia hanya berkisar tentang seekor anjing yang konfius, namun disebalik itu banyak mesej besar diselitkan. Sangat menyentuh perasaan. Hanya sahaja saya malu untuk mengatakan bahawa jiwa lelaki saya tersentuh.
Ada beberapa perkara dapat saya kutip.
1. Batas realiti dan fantasi itu boleh dikaburkan. Bolt berjaya melepasi semua halangan untuk mendapatkan Penny, walaupun tanpa bantuan ’super bark’. Hanya kerana Bolt percaya dan yakin dengan dirinya.

Mitten
Halangan paling besar berada dalam diri seseorang ialah dirinya sendiri. Sebelum berusaha, ramai yang sudah kalah sebelum berjuang. Bolt sebaliknya.
2. Kesungguhan. Dengan kesungguhan dan semangat yang jitu banyak perkara mustahil dapat dilaksanakan. Lihat bagaiman Thomas New Edison sanggup berkesperimen dengan 1000 mentol sebelum berjaya meghidupkan satu mentol. Saya terkesan dengan kisah Hellen Keller (lahir 1880) yang pekak dan buta namun akhirnya berjaya mendapatkan ijazah di universiti dan mengelilingi 39 buah negara. Sebahagian besar dari kegagalan manusia pada hari ini adalah berpunca kurangnya kesungguhan.
3. Persahabatan. Pengalaman membuktikan anjing merupakan sahabat yang setia. Bolt pertaruhkan kesetiannya kepada Penny dan akhirnya menyelamatkan penjaganya itu.
4.

Rhino
Hidup adalah pentas lakonan. Walau tidak dalam drama atau sandiwara, semua manusia hidup dalam lakonan. Lakonan dunia realiti dalam bentuk pendustaan, penipuan, berpura-pura, dan bermuka-muka. Hidup adalah lakonan dan jurinya adalah malaikat.
Selamat menonton.
Naik! (Up : 2009)
Pertama kali saya menonton filem dalam bentuk 3D. Sungguh ketinggalan zaman kan!
Keduanya, terima kasih kepada seorang sahabat yang merekomendasi filem ini. Sungguh mengujakan. Sejak dari zaman kampus lagi, saranan sahabat saya ini sangat boleh dipegang, terutama untuk filem animasi.
Kisahnya
Up mengambil judul sempena sebuah pengembaraan lelaki tua (Carl Fredricksen) bersama seorang kanak-kanak pengakap (Russel) yang ter’sesat’ ke halaman rumahnya. Pengembaraan menakjubkan, dengan menggunakan belon yang banyak untuk mengangkat dan menerbangkan rumahnya. Tidak ubah seperti pengembaraan 80 hari mengelilingi dunia menggunakan belon gas yang besar.
Kembara itu bermula dari impian Carl dan isterinya yang telah mati untuk membina rumah di air terjun Paradise, Afrika. Sementara Carl ialah seorang penjual belon.
Sepanjang kembara itu, banyak perkara pelik dan lucu berlaku. Yang lebih menarik lagi ialah kombinasi Carl, seorang tua dan dingin bersama Russel, seorang kanak-kanak yang antutias dengan pengetahuan dan penemuan.
Beberapa perkara dapat saya kutip dari filem ini :
1. Up bermakna naik.
Ia mengajar kita supa sentiasa memperbaiki diri kita pada setiap masa untuk naik dan naik keatas lagi. Baik berupa pencapaian mahupun kehidupan.
2. Cita-cita tinggi
Up mengajar kita supaya memasang cita-cita yang tinggi. Sepertimana Carl berangan-angan untuk membina mahligai di air terjun Paradise. Nampak seakan mustahil. Namun pencapaian hari esok bermula dari impian hari ini. Seperti mana yang disebutkan oleh seorang mentor saya, ‘impikan langit, sekurang-kurangnya kita capai awan’.
3. Kreatif dan berani
Up mengajar kita supaya kreatif dan berani mencabar keupayaan kita sendiri. Bukankah sesuatu yang gila idea Carl menerbangkan rumahnya yang besar dan berat hanya menggunakan belon? Seperti itulah juga yang pernah dikatakan kepada dua beradik yang mula-mula mahu menciptan kapal terbang. Sehingga ktika itu institusi agama (sebuah agama bukan Islam) mengecam mereka dengan berkata, “Kalau Tuhan mahu manusia terbang, tentu Tuhan berikan manusia burung”. Hari ini besi yang terbang di udara bukan lagi suatu yang gila. Banyak penciptaan yang berani datang dari idea yang gila-gila dan tidak sengaja.
4. Jiwa putih manusia
Russel mewakili jiwa putih manusia yang baru dilahirkan. Manusia secara fitrahnya baik dan luhur. Russell berusaha keras untuk mendapatkan pingatnya. Dia jujur dan ikhlas. Walaupun Rusell sebenarnya dipermainkan oleh Carl, simbol manusia dewasa yang banyak helah dan hipokrit. Jujur dan ikhlasnya Russel hatta belas dan ihsannya kepada Kevin (burung yang disangka jantan) dan Dug (anjing yang boleh bercakap melalui peranti khas dilehernya).
5. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Satu perkara yang makin terhakis dalam masyarakat manusia hari ini. Bukan sahaja manusia muda yang tidak menghormati manusia tua, sebaliknya manusia tua juga sudah hilang kasih dan sayang kepada manusia muda. Orang-orang tua mengecam golongan muda yang hedonis, vandalis dan bermacam-macam lagi. Manakala golonga muda sudah hilang rasa hormat kepada generasi tua.
Demikian beberapa mesej penting dan bermanfaat yang dapat saya gali dari filem ini, sebagai komplimen kepada sisi-sisi penonton lain.
Daerah 9 (District 9) – 2009

Foto dari Wikipedia
Ini cerita sai-fai. Jarang saya menonton filem genre begini. Saya tertarik dengan brand Peter Jackson (Lord of The Ring).
Nyata ia tidak mengcewakan. Bahkan memberikan saya beberapa perkara untuk difikirkan.
1. Saya teruja dan kagum dengan naratif mockumentary.
Walaupun ramai juga yang kebosanan seolah-oleh menonton sebuah dokumentari, terutama penonton yang hanya mahu helak-ketawa, air mata dan aksi-gegar-panggung. Namun bagi penonton yang cerdik sedikit, metod begini memuaskan. Sehinggakan saya hampir keliru, adakah ini fantasi semata atau suatu fakta yang benar wujud namun dinafikan oleh pihak tertentu.
2. Tema kemanusiaan sangat ketara dalam filem ini.
Manusia akan bersatu hanya apabila ada musuh yang mengancam manusia secara keseluruhan. Dalam D-9, alien yang tersesat menjadi ancaman. Mungkin ancaman ciptaan, kerana sebenarnya tiada bukti kukuh menunjukkan kehadiran alien dan kapal angkasa mereka datang untuk berperang.
Merujuk sejarah tamadun Islam, dunia Eropah pernah berpecah-belah dengan sistem beraja. Justeru Pope mencipta musuh yakni Islam dan mensasarkan Baitulmaqdis untuk ditawan. Yang kenudiannya ditebus semula oleh Salahuddin Al-Ayubi. Seketika itu dunia Eropah bersatu (En Mohamad Kamal, UPSI).
Di negara kita Melayu meng-kambing-hitam-kan Cina a.k.a DAP untuk bersatu. Bersatu melawan DAP, kata sebahagian orang Melayu. Begitulah seterus-seterusnya.
D-9 diinspirasi dari kes sebenar District Six yang berlaku di Cape Town pada era apartied.
Orang kulit hitam ialah alien yang dimaksudkan.
3. Diskriminasi

Foto : Wikipedia
Mungkin juga D-9 boleh merujuk kepada diskriminasi yang wujud dimana-mana. Diskriminasi orang Amerika terhadap orang Asia. Prejudis orang Barat terhadap orang Islam. Dan mungkin juga pengkelasan masyarakat Malaysia kepada Bumiputra dan non-Bumiputra, sedangkan kedua-duanya punya tanggungjawab yang sama kepada negara, bayar cukai dan taat kepada pemerintah.
Kata Tuhan: Janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berbuat adillah, kerana adil itu dekat kepada taqwa.
4. Fantasi alien
Khalayan dan fantasi mansia terhadap makhluk asing (alien) dan teknologi canggih masa depan, masih berlingkar seputar yang dilihat dan didengar oleh manusia.
Makhluk asing yang digambarkan masih sama sejak predator muncul lebih 10 tahun lalu. Belum ada evolusi. Atau belum ada fantasi baru tentang makhluk asing.
Kapal angkasa alien masih sama, bulat dan pipih melayang.
Teknologi alien masih lagi teknologi besi (atau segala bahan dari galian tanah). Belum ada sesiapa yang berani berfantasi teknologi dari udara atau air. Sebagai contoh kapal dan pesawat dibuat dari penyatuan jirim zarah-zarah angin atau air. Macam Goku Dragonball terbang!
Teknologi alien digambarkan jauh terkedepan berbanding manusia, namun mengapa citarasa mereka terhadap fesyen dan paras rupa nampak kuno (inipun saya masih berfikir dalam kerangka manusia berfikir).
5. Manusia vs Alien
Siapa lebih berkuasa dan mampu menjadi lebih ganas dan jahat. Laksana jin dan manusia. Dalam pada jin tidak terlihat oleh manusia, dan jin melihat manusia pun : manusia berusaha menggunakan jin untuk menganiaya manusia lain. Bayangkan, kalau manusia boleh melihat jin, sebaliknya pula pada jin.
Saya suka ceritanya dan caranya bercerita (ala-dokumentari).
Saya tidak suka kepada karakter alien yang tiada inovasi dan kreativiti.
Harry Potter dan Putera Kacukan (Half Blood Prince) (2009)

(Tidak sesuai dibaca oleh peminat fanatik Harry Potter)
Mencatatkan kutipan pembukaan paling tinggi dalam sejaran pembukaan filem di US. Sebanyak USD 22 juta bagilebih 3000 pawagam. Ia mengatasi The Dark Knight yang memegang rekod sebelum ini sebanya USD 18 juta. Di Malaysia kutipan pembukaan paling tinggi mungkin Cicakman dengan RM 400 ribu. Ia berkadaran dengan jumlah panggung dan jumlah rakyat Malaysia.
Saya bukan peminat fanatik siri fantasi. Namun saya memilih untuk terjebak dalam wabak orang awam dijangkiti demam Harry Potter. Usai menonton filem ini saya cuba mengesan reaksi penonton di sekeliling. Kerana sebagai bukan peminat fanatik, saya fikir pandangan dan pendapat saya tentang filem ini tidak penting.
Rata-rata penonton mengeluh panjang. Ada yang kebingungan, kerana siri ke-6 Harry ini cuba lari dari naratif biasa. J.K Rowling kali ini cuba mengimbau sejarah dan asal usul, dan agak kurang bercerita. Kurang aksi, kurang magik dan kurang cerita. Yang banyak ialah dialog, imbas kembali dan drama. Sedang penonton banyak mengharapkan magik, sihir dan aksi.
Saya secara peribadi tidak mengharap apa-apa. Hanya untuk rileks dan santai. Pun begitu ia tidak se rileks dan se santai sebelum ini. Menonton Harry dan Putera Kacukan seperti menonton dokumentari, saya pening.
Beberapa catatan
1. Professor Dumbledore mirip Gandalf dari Lord of The Ring
2. Watak Bellatrix Lestrange mirip Nellie Lovett’s (Sweeney Todd)
3. Mayat-mayat hidup yang menyerang Harry dan Dumbledore seperti Gollum (Lord of The Ring)
Abaikan rebiu inii kerana, kalian peminat fanatik Harry.
Zaman Ais 3 (Ice Age 3)
Seorang teman saya pernah mengomel, ‘mengapa agaknya lagu-lagu zaman sekarang tidak sesedap lagu-lagu era 80-an’. Ketika itu dia sedang mendengar saluran radio popular.
Sebelum apa-apa hipotesi atau ulasan pramatang keluar dari mulut orang yang kurang berkepakaran, saya lekas memintas, ‘bukan lagu nya yang sudah tidak sedap lagi, hanya sahaja kita yang semakin tua’.
Itulah penangan faktor usia.
Inilah juga perasaan yang melanda saya selepas menonton sekuel beberapa buah filem akhir-akhir ini termasuklah Ice Age 3. Sebelum ini pun terjadi kepada filem Robot Tukar-tukar.
Ice Ag 3
Konflik dalam bahagian ke-3 ini tidak mengalir selancar bahagian pertama dan kedua. Lawak-lawak tupai mengejar buah makanan sudah terasa macam ‘overdone’. Asalnya menggelikan hati, namun lama-kelamaan rasa seperti memualkan.
Lawak-lawak jenakanya tidak inteligen. Yang diketawakan ialah adegan jatuh-jatuh, adegan membodoh-bodohkan watak lain. Sungguh saya tidak geli hati langsung.
Sungguh yang lain-lain, dari kesan bunyi dan grafik tiada tandingan. Cumanya isinya lompong.
Saya tidak minat.
Raksasa lawan Makhluk Asing (2009)
Monsters vs Aliens (2009)
Ha ha ha. Beberapa teman saya ketawa sambil angkat kening, apabila saya beritahu tonton filem ini. Saya sangat tidak berkira untuk menonton filem-filem animasi Hollywood.
Kenapa?
1. Propagandanya sangat minima berbanding filem biasa.
2. Membikin filem animasi memerluka orang yang lebih bijak berbanding filem biasa.
3. Mesej cuba disampaikan dengan cara yang sangat santai.
4. Penggunaan bahasa yang sangat terkawal dan sebutan jelas. Sesuai untuk belajar bahasa.
Itu antara famtor-faktornya.
Namun, Monster vr Alien akhirnya menjadi antara beberapa filem-filem animasi yang saya tidak gemar. Ceritanya sangat bersifat tontonan kanak-kanak ala rancangan kartun televisyen. Saya tidak nampak cerita atau jiwa besar dalam filem ini. Tidak ada apa yang boleh dibawak keluar dari filem ini untuk difikirkan.
Hanya ada beberapa babak yang betul-betul mampu membuat saya ketawa sehingga hari ini. Sangat sinis dan tajam.
1. Babak imbasan sekuriti (scan) : Scan tapak tangan, scan anak mata, scan anak tekak dan yang paling lucu ialah scan punggung.
2. Kata Encik Presiden ketika diserang Alien, “Adakah kalian mahu membiarkan dunia kiamat ketika saya menjadi Presiden?”
3. Apabila berlaku satu kesilapan, Presiden akan cuba mencari kambing hitam dari kesilapan itu. Sekiranya ternyata itu memang salahnya, maka Encik Presiden dengan kuasa vetonya berkata, “Kill somebody!”.