(500) Days of Summer
This is not a love story. This is story about love.
Ini bukan kisah cinta. Sebaliknya ia kisah seorang lelaki yang jatuh cinta. … namun cintanya ‘bertepuk sebelah tangan’. Hansen (Joseph Gordon Levitt), seorang penulis kad ucapan jatuh hati dengan Summer (Zooey Deschanel). Walaupun Summer melayan Hansen dengan baik dan mesra, namun dia sendiri tidak pasti status hubungan mereka.
Summer, seorang pembantu pejabat yang detil dan ‘prefectionist’. Namun dia sendiri belum pasti tentang diri dan hatinya. Dia belum bersedia memilih sesiapa menjadi teman hidupnya.
Cinta itu bukankah ketawa dan air mata. Tidak ada lelaki yang tidak bercinta. Dan tidak ada orang bercinta yang tidak pernah kecewa. Menonton filem ini seperti refleksi kepada lelaki-lelaki yang pernah kecewa.
Proses yang dilalui saat-saat baru dikecewakan digambarkan dengan penuh sentimental. Ya, saya suka bagaimana latar muzik filem ini disusun bersama lagu-lagu yang melow., terutama lagu-lagu Regina Spektor.
Saya suka filem ini dan saya benci filem ini sekaligus. Ia memberi rasa terkilan ‘oh mengapa ini berlaku kepada aku?’ Ia hakikat yang perlu dilalui oleh semua manusia dewasa yang bercinta.
Summer kata dia tidak mahu menjadi teman wanita sesiapa, namun akhirnya menjadi isteri seseorang. Dan seseorang itu bukan Hansen.
Namun Summer mahu tetap terus menjadi kawan dan sahabat kepada Hansen. Ini adalah ketika yang paling mendebar dan menyakitkan. Saya baca beberapa rencana tentang putus cinta dan saya berpegang kepada teknik yang diberikan. Kalau si’dia’ manhu berkawan selepas meninggalkan kita katakan, ‘boleh, selepas 3 tahun’.
Ya cinta itu ialah cerita tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Keduanya menyakitkan baik yang meninggalkan atau yang ditinggalkan.
Its hurt to hurt somebody.
Blur itu menipu. Inilah sebenarnya kisah cinta (yang tragik).
Sebelum filem ini tamat, Hansen berkenalan dengan seorang gadis bernama Autumn. Autumn!
Dalam masa satu minggu, saya menonton filem ini sebanyak 3 kali. Ajaib bukan.
Carian web menunjukkan filem ini mendapat pujian melambung-lambung dari audiens dan pengkritik. Teraju utama Joseph Gordon (Tom Hansen) dikatakan antara pelakon terbaik. Saya tidak ragu-ragu meletakkannya sebaris (atau bakal) Tom Hanks dan Leonardo De Caprio).