Little Nicholas (Si Kecil Nicholas)

Julai 28, 2010 at 3:57 am (Bahasa Asing, Faveret)

Dari aspek cerita ia mirip Laskar Pelangi. Manakala dari teknik bercerita ‘art of story-telling’ ia mirip kepada ‘The Curious Incident Of The Dog In The Nighttime’. Gaya cerita dari kaca mata seorang kanak-kanak. Saya kepingin sekali melihat novel Mark Haddon ini difilemkan.

Little Nicholas

Ini kisah Nicholas, seorang anak sekolahan yang membesar dalam keluarga yang hampir sempurna. Ayah yang komited dengan kerja, ibu yang penyayang dan rumah yang selesa. Kalau anak-anak lain seusianya menginginkan macam-macam, Nicholas mahukan satu hal sahaja ; Nicholas mahukan kehidupan tidak berubah. Tiada apa yang perlu ditambah atau dikurangkan. Itulah gambaran hidup Nicholas yang sempurna.

Namun semuanya berubah menjadi mimpi ngeri, apabila Nicholas mendapat tahu bahawa ibunya mengandung dan dia akan mendapat seorang adik. Semuanya akan berubah pada Nicholas. Kasih sayang dan perhatian keluarganya akan berkurang disongsikan bersama ahli keluarga baru.

Ulasan

Pada awalnya saya agak skeptikal dengan lakonan kanak-kanak. Terutama selepas menonton filem tentang Budha, filem dari Afghanistan. Namun sebaik sahaja, mendapat tahu ini filem Perancis, persepsi itu lekas berubah. Lakonan anak-anak kecil dalam filem ini sangat memberangsangkan.

Sekawan anak-anak kecil dalam filem ini mengingatkan saya kepada Laskar Pelangi.

Filem ini diadun dengan baik. Banyak babak-babak mencuit hati. Ia tidak dibuat-buat, sebaliknya nampak begitu asli.

Mungkinkah watak Nicolas altar-ego kepada penulis filem ini?

Novel Little Nicholas.

Imdb.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.