Coco Before Chanel (2009)

Mei 23, 2010 at 2:21 am (Bahasa Asing)

Filem ini berkisar perjalanan hidup Gabrielle BonheurCocoChanel (19 August 1883 – 10 January 1971). Beliau merupakan pengasas jenama  Chanel yang amat digilai ramai wanita.

Filem

Ini filem Perancis. Saya suka gambarnya, teknik kameranya dan bunyinya. Namun saya tidak mengulas filem ini dari aspek itu.

Saya memilih menonton filem ini kerana cerita yang dipaparkan. Perjalanan hidup pengasas jenama antarabangsa yang terkenal.

Coco Chanel

Pengasan jenama Chanel

Beliau bukanlah anak orang berada dari keluarga ternama. Sebaliknya Coco seorang anak y

ang kematian ibu. Ayahnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan sedar menghantarnya ke rumah anak-anak yatim (padahal dia tidak yatim).

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi kabaret. Justeru apa yang membuatkan Coco menceburkan diri dalam bidang fesyen dan berjaya melahirkan jenama yang terkenal.

Bakat menjadi Usahawan

Melalui filem ini saya mengesan beberapa perkara yang membantu Coco menjadi usahawan yang sukses.

1. Minat yang mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan

2. Pemerhati yang sensitif. Coco teliti memerhati pakaian dan fesyen pada ketika itu.

3. Berani melakukan sesuatu yang lain. Ketika itu, wanita seakan-akan wajib memakai korset. Coco berani menyanggah kebiasaan itu mencipta rekaan tanpa korset.

Begitulah secebis kisah seorang pereka fesyen. Perjalanan yang beliau tempuh tidak mudah. Azam yang kuat menjadi faktor penting kejayaan beliau.

Filem ini banyak memberi fokus kepada latar belakang Coco sebelum menceburkan diri secara serius dalam bidang perniagaan. Fasa selepas beliau memulakan perniagaan agak sedikit dan banyak sisi tidak dipaparkan. Seperti yang dikritik, penglibatan beliau dengan Nazi dalam perang dunia kedua.

Jika ia dipamerkan, mungkin kita dapat melihat betapa dekatnya bisnesman (baca : pemodal) dengan politik.

1 Komen

  1. mumtazah berkata,

    Terima kasih atas artikel yang menarik ini

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.