3 Doa 3 Cinta (2008)

Mei 10, 2010 at 6:00 am (Melayu) (, )

Gandingan Dian dan Nicholas punya daya penarik yang kuat. Ditambah dengan barisan festival yang disertai oleh filem ini.

Saya tidak pernah menjamah air tangan Nurman Hakim. Filem ini ditulis dan diarah sendiri oleh beliau.

3 Doa 3 Cinta (Pesantren)

Latarnya sebuah pesantren di kota kecil di Jawa Tengah. Watak utamanya ditunjangi oleh 3 pelajar pesantren ; Huda (Nicholas Saputra), Rian (Yoga Pratama dan Syahid (Yoga Bagus Satatagama).

Huda ditinggalkan oleh ibunya di pesantren sejak kecil. Manakala Syahid, pelajar yang paling patuh, namun terjebak dengan aliran-garis-keras (merujuk kepada pengganas atau istilah Islaminya khawarij). Dan Rian pula obses dengan cita-citanya mahu membuat filem. Dan saya percaya watak Rian adalah altar ego sang pengarah, Nurman Hakim.

Saya tidak mahu menelusuri filem ini dari sudut filemnya. Saya lebih tertarik kepada beberapa isu yang dibawa.

Citra Islami

Filem ini cuba membawa citra Islaminya. Dengan latar pesantren (baca : sekolah pondok). Bersulam kegiatan belajar agama secara talaqqi (baca : menadah kitab). Selawat dan juga kompang ditayang berkali-kali. Justeru ia cuba menunjukkan seolah-olah ini lah kehidupan Islami.

Ini adalah paparan realiti yang berlangsung di kebanyakan sekolah pondok dan pesantren. Saya boleh sahkan bahawa situasinya tidak banyak beza di Malaysia, kerana saya salah seorang dari lulusan sekolah agama rakyat.

Versi Islam

Asalnya agama Islam yang Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) itu satu sahaja. Namun selepas Islam berkembang ratusan hingga ribuan tahun, merentasi lautan dan benua, kefahaman umat Islam terhadap Islam sudah mula beragam.

Ada yang membayangkan Islam itu ialah Arab, serban dan jubah.

Di alam Melayu (Malaysia, Brunei dan Indonesia khususnya) Islam ialah orang Melayu. Wajah Islam ialah masjid dengan kubah berbentuk bawang, marhaban ketika menyambut kelahiran bayi, tahlilan ketika kematian dan berzanji ketika maulud nabi.

Lebih parah lagi, ada sekelompok orang yang tersasar seperti anak panah membayangkan Islam itu mengangkat pedang melawan orang kafir, menyiapkan bom dan jentera untuk membunuh Yahudi dan Nasrani dalam perang jihad menebus Palestin.

Ini bukan suatu yang pelik lagi menghairankan. Kerana awal-awal lagi utusan Allah Muhamamad (selawat dan salam buat beliau) memberi amaran, bahawa umat Islam akan terpecah kepada 73 kelompok. Hanya satu sahaja yang masuk syurga, yang lain ke neraka. (HR Tirmidzi)

Jalan Golongan Yang Selamat

Justeru siapa 1 golongan yang dijanjikan oleh rasul sebagai selamat. Kata beliau, “jalan aku dan para sahabatkku“.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.