Naik! (Up : 2009)
Pertama kali saya menonton filem dalam bentuk 3D. Sungguh ketinggalan zaman kan!
Keduanya, terima kasih kepada seorang sahabat yang merekomendasi filem ini. Sungguh mengujakan. Sejak dari zaman kampus lagi, saranan sahabat saya ini sangat boleh dipegang, terutama untuk filem animasi.
Kisahnya
Up mengambil judul sempena sebuah pengembaraan lelaki tua (Carl Fredricksen) bersama seorang kanak-kanak pengakap (Russel) yang ter’sesat’ ke halaman rumahnya. Pengembaraan menakjubkan, dengan menggunakan belon yang banyak untuk mengangkat dan menerbangkan rumahnya. Tidak ubah seperti pengembaraan 80 hari mengelilingi dunia menggunakan belon gas yang besar.
Kembara itu bermula dari impian Carl dan isterinya yang telah mati untuk membina rumah di air terjun Paradise, Afrika. Sementara Carl ialah seorang penjual belon.
Sepanjang kembara itu, banyak perkara pelik dan lucu berlaku. Yang lebih menarik lagi ialah kombinasi Carl, seorang tua dan dingin bersama Russel, seorang kanak-kanak yang antutias dengan pengetahuan dan penemuan.
Beberapa perkara dapat saya kutip dari filem ini :
1. Up bermakna naik.
Ia mengajar kita supa sentiasa memperbaiki diri kita pada setiap masa untuk naik dan naik keatas lagi. Baik berupa pencapaian mahupun kehidupan.
2. Cita-cita tinggi
Up mengajar kita supaya memasang cita-cita yang tinggi. Sepertimana Carl berangan-angan untuk membina mahligai di air terjun Paradise. Nampak seakan mustahil. Namun pencapaian hari esok bermula dari impian hari ini. Seperti mana yang disebutkan oleh seorang mentor saya, ‘impikan langit, sekurang-kurangnya kita capai awan’.
3. Kreatif dan berani
Up mengajar kita supaya kreatif dan berani mencabar keupayaan kita sendiri. Bukankah sesuatu yang gila idea Carl menerbangkan rumahnya yang besar dan berat hanya menggunakan belon? Seperti itulah juga yang pernah dikatakan kepada dua beradik yang mula-mula mahu menciptan kapal terbang. Sehingga ktika itu institusi agama (sebuah agama bukan Islam) mengecam mereka dengan berkata, “Kalau Tuhan mahu manusia terbang, tentu Tuhan berikan manusia burung”. Hari ini besi yang terbang di udara bukan lagi suatu yang gila. Banyak penciptaan yang berani datang dari idea yang gila-gila dan tidak sengaja.
4. Jiwa putih manusia
Russel mewakili jiwa putih manusia yang baru dilahirkan. Manusia secara fitrahnya baik dan luhur. Russell berusaha keras untuk mendapatkan pingatnya. Dia jujur dan ikhlas. Walaupun Rusell sebenarnya dipermainkan oleh Carl, simbol manusia dewasa yang banyak helah dan hipokrit. Jujur dan ikhlasnya Russel hatta belas dan ihsannya kepada Kevin (burung yang disangka jantan) dan Dug (anjing yang boleh bercakap melalui peranti khas dilehernya).
5. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Satu perkara yang makin terhakis dalam masyarakat manusia hari ini. Bukan sahaja manusia muda yang tidak menghormati manusia tua, sebaliknya manusia tua juga sudah hilang kasih dan sayang kepada manusia muda. Orang-orang tua mengecam golongan muda yang hedonis, vandalis dan bermacam-macam lagi. Manakala golonga muda sudah hilang rasa hormat kepada generasi tua.
Demikian beberapa mesej penting dan bermanfaat yang dapat saya gali dari filem ini, sebagai komplimen kepada sisi-sisi penonton lain.
Daerah 9 (District 9) – 2009

Foto dari Wikipedia
Ini cerita sai-fai. Jarang saya menonton filem genre begini. Saya tertarik dengan brand Peter Jackson (Lord of The Ring).
Nyata ia tidak mengcewakan. Bahkan memberikan saya beberapa perkara untuk difikirkan.
1. Saya teruja dan kagum dengan naratif mockumentary.
Walaupun ramai juga yang kebosanan seolah-oleh menonton sebuah dokumentari, terutama penonton yang hanya mahu helak-ketawa, air mata dan aksi-gegar-panggung. Namun bagi penonton yang cerdik sedikit, metod begini memuaskan. Sehinggakan saya hampir keliru, adakah ini fantasi semata atau suatu fakta yang benar wujud namun dinafikan oleh pihak tertentu.
2. Tema kemanusiaan sangat ketara dalam filem ini.
Manusia akan bersatu hanya apabila ada musuh yang mengancam manusia secara keseluruhan. Dalam D-9, alien yang tersesat menjadi ancaman. Mungkin ancaman ciptaan, kerana sebenarnya tiada bukti kukuh menunjukkan kehadiran alien dan kapal angkasa mereka datang untuk berperang.
Merujuk sejarah tamadun Islam, dunia Eropah pernah berpecah-belah dengan sistem beraja. Justeru Pope mencipta musuh yakni Islam dan mensasarkan Baitulmaqdis untuk ditawan. Yang kenudiannya ditebus semula oleh Salahuddin Al-Ayubi. Seketika itu dunia Eropah bersatu (En Mohamad Kamal, UPSI).
Di negara kita Melayu meng-kambing-hitam-kan Cina a.k.a DAP untuk bersatu. Bersatu melawan DAP, kata sebahagian orang Melayu. Begitulah seterus-seterusnya.
D-9 diinspirasi dari kes sebenar District Six yang berlaku di Cape Town pada era apartied.
Orang kulit hitam ialah alien yang dimaksudkan.
3. Diskriminasi

Foto : Wikipedia
Mungkin juga D-9 boleh merujuk kepada diskriminasi yang wujud dimana-mana. Diskriminasi orang Amerika terhadap orang Asia. Prejudis orang Barat terhadap orang Islam. Dan mungkin juga pengkelasan masyarakat Malaysia kepada Bumiputra dan non-Bumiputra, sedangkan kedua-duanya punya tanggungjawab yang sama kepada negara, bayar cukai dan taat kepada pemerintah.
Kata Tuhan: Janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berbuat adillah, kerana adil itu dekat kepada taqwa.
4. Fantasi alien
Khalayan dan fantasi mansia terhadap makhluk asing (alien) dan teknologi canggih masa depan, masih berlingkar seputar yang dilihat dan didengar oleh manusia.
Makhluk asing yang digambarkan masih sama sejak predator muncul lebih 10 tahun lalu. Belum ada evolusi. Atau belum ada fantasi baru tentang makhluk asing.
Kapal angkasa alien masih sama, bulat dan pipih melayang.
Teknologi alien masih lagi teknologi besi (atau segala bahan dari galian tanah). Belum ada sesiapa yang berani berfantasi teknologi dari udara atau air. Sebagai contoh kapal dan pesawat dibuat dari penyatuan jirim zarah-zarah angin atau air. Macam Goku Dragonball terbang!
Teknologi alien digambarkan jauh terkedepan berbanding manusia, namun mengapa citarasa mereka terhadap fesyen dan paras rupa nampak kuno (inipun saya masih berfikir dalam kerangka manusia berfikir).
5. Manusia vs Alien
Siapa lebih berkuasa dan mampu menjadi lebih ganas dan jahat. Laksana jin dan manusia. Dalam pada jin tidak terlihat oleh manusia, dan jin melihat manusia pun : manusia berusaha menggunakan jin untuk menganiaya manusia lain. Bayangkan, kalau manusia boleh melihat jin, sebaliknya pula pada jin.
Saya suka ceritanya dan caranya bercerita (ala-dokumentari).
Saya tidak suka kepada karakter alien yang tiada inovasi dan kreativiti.
G. I. Joe : Kebangkitan Kobra (2009)
Seakan-akan pembuat filem kekurangan idea dan teks. Mengadaptasi siri komik atau siri kartun menjadi trend. Dan telah terbukti sebilangan besar filem adaptasi berjaya menarik minat khalayak menonton.
Saya agak ragu-ragu untuk menonton G.I Joe pada asalnya. Namun saya tonton juga setelah diulas baik oleh penonton yang lain. Dari sudut aksi saya setuju dengan beberapa ulasan yang menyebut ia lebih baik dan menarik dari Transformers. Pergererakannya lebih teratur dan aksinya nampak ‘real’.
Namun disebalik imaginasi melampau dan aksi yang mendebarkan, saya mencari-cari isi dalam filem ini. Kata Ady, ini bukan filem untuk kita. Alangkah baiknya jika filem sehebat ini dan dengan bajet sebesar ini menyelitkan sedikit falsafah dan mesej positif.

Foto dari Wikipedia
Tanggapan saya pula begini
Secara tidak langsung G. I. Joe bertitik tolak dari tiada konflik apa-apa. Manusia yang tamak (harta, kuasa dan pengaruh), James McCullin mencipta teknologi nano sebuah bom yang boleh memusnahkan besi.
Kemajuan sains dan teknologi digunakan untuk meraih pengaruh, kuasa dan wang. Ia tidak langsung bertujuan untuk menambah-baik kehidupan manusia dan makhluk lain atas dunia. Ini merupakan contoh manusia yang bijak dari sudut akademiknya namun tidak punya iman.
McCullen mengeluarkan senjata nano. Kemudian menjualnya kepada kerajaan Amerika Syarikat. Dalam pada masa yang sama cuba merompak semula senjata itu, dan mengugut mengancam dunia dengan senjata itu.
Falsafahnya, “Menjual senjata kepada kedua-dua belah pihak yang berperang tanpa dikesan”.
Virus dan antivirus
Bukankah dunia realiti juga begitu. Virus komputer dan antivirus sebahagiannya berpunca dari induk yang sama. Inilah gejala sistem pendidikan yang tahu melahirkan manusia yang cerdik dan bermaklumat, namun tidak tahu kemana maklumat dan pengetahuan itu mahu dimanfaatkan. Melainkan pada fikiran mereka, wang dan wang.
Virus influenza A dan antiviral
Seorang pesakit mengadu apabila doktor yang merawatnya tidak memberikan antibiotik kepadanya. Rupanya kita masih belum faham bahawa antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria, sebaliknya jangkitan virus memerlukan antiviral.
Telahann Hishamuddin Rais dalam kolum Malaysiakini ada benarnya. H1N1 sama seperti senjata nano, kedua-duanya lahir dalam makmal.
H1N1 mengakibatkan ratusan negara berhabis wang untuk membengung dan mengawal penularan penyakit ini. Dan wang-wang yang dihabiskan ini akan mengalir masuk ke kantung klinik-klinik swasta, pembekal-pembekal ubat, kilan pembuat penapis pernafasan dan pengeluar alan pengesan haba.
Sebuah bank tempatan telah mengarahkan semua cawangannya memasang alat pengimbas haba di pintu masuk cawangan. Menurut seorang pengurus cawangannya, alat pengimbas haba ini telah habis dijual dalam negara. Mereka terpaksa menuggu tempahan dari luar negara.
Terbukti bukan!
Nanomyte dan H1N1 adalah wang yang diciptakan dari angin. hanya dengan satu petikan jari ada orang menderita dan dalam pada masa yang sama ada orang menjadi kaya sekelip mata.
Gadoh (2009)
Pengarah : Namron dan Brenda Nanker
Gadoh ialah cerita budak-budak sekolah yang bergaduh. Ketika cikgu-cukgu mereka bergaduh dalam mesyuarat untuk membincangkan masalah ini, seorang guru mencadangkan ditubuhkan kelab teater bagi pelajar-pelajar yang bergaduh ini.
Sekurang-kurangnya, penulis filem ini punya 3 mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Pertama : Kritikan terhadap guru, sekolah dan sistem pendidikan.
Dalam filem ini ada watak beberapa orang guru yang berlainan karakter, pengetua yang ‘cenge’ dan pegawai dari kementerian.
Sekolah, seperti yang dikritik dalam filem ini, kurang memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pelajar. Ini termasuk sikap sebahagian guru-guru. Keperluan yang paling besar terabai ialah mereka tidak mendengar keluhan dan isi hati pelajar. Ini termasuk guru, pengetua dan pembuat dasar dalam sistem pendidikan. Sekolah hanya menjadi tempat ‘menyuap’ apa-apa sahaja yang disediakan oleh sistem.
Ini kritikan yang sebahagian nya benar. Dan sangat tegas dan pedas untuk golongan pendidikan dan pembuat dasar.
Kedua : Persoalan prejudis kaum
Pergaduhan dalam sekolah ini melibatkan kumpulan pelajar dari kaum yang berbeza. Pelajar Melayu diketuai oleh Khalil (lakonan Zahiril Adzim) dan pelajat China yang dikepalai oleh Heng (Nicholas Davis). Prejudis perkauman menurut filem ini bermula dari rumah (ibu bapa) dan disemarakkan di sekolah.
“China penipu” dan “Melayu malas” merupakan dua ungkapan membayangkan prasangka. Padahal ia sangat asyik dan selalu diungkapkan. Mitos-mitos negatif yang merujuk kepada ras dan kaum ini dimulakan oleh pihak kolonial demi dasar pecah dan perintah. ini ditegaskan oleh seorang sarjana besar Melayu Prof Dr Syed Hussein Alatas. Beliau menulis sebuahh buku khusus bertajuk “Mitos Peribumi Malas”. Sebuah kajian ilmiah berkenaan ‘malas’ orang Melayu, Jawa dan Filipina. Kesimpulan yang dibuat ialah, dakwaan Peribumi malas adalah dusta dan rekaan semata-mata. ‘Malas’ tidak merujuk kepada mana-mana kelompok, sebaliknya bergantung kepada individi itu sendiri tidak mengira ras dan keturunan.
Ketiga : Seni dan budaya melalui perlambangan teater.
Ini filem bikinan orang teater. Namron mengangkat teater sebagai elemen yang boleh menyatu-padukan bangsa. ini idelogi orang budaya dan seni. Teater bukan sekadar alat bersantai dan berhibur. Ia juga boleh menjadi alat untuk menyebarkan propaganda, medium menyampaikan mesej dan alat perpaduan.
Ulasan saya
1. Saya senang sekali dan suka dengan dialog yang diucap. Walaupun berbunyi sangat kasar dan tentu sahaja akan ada banyak pihak yang pertikai dan krtitik. Lafaz dialog seperti “China babi”, “Melayu hendak semua percuma”, “China masuk neraka”, “melayu pemalas” menjadi luahan yang selama ini terpendam. Melalui dialog sebegini, orang melayu boleh mendengar yang dikatakan oleh orang China tentang diri mereka, sebaliknya juga begitu.
2. Walaupun pada awal filem ini begitu banyak babak dan elemen negatif, namun sebelum filem ini berakhir sebahagian besar babak dan watak diberi justifikasi dengan meyakinkan. Yang nakal sedar dan jadi baik. Yang bergaduh kemudian berdamai. Hanya pada watak sekolah dan sistem pendidikan, ia berakhir tegantung.
3. Bukan karya yang terbaik, namun masih lebih baik dari kebanyakan filem-filem Melayu. Ceritanya ada. Pengajaran moralnya agak kuat juga.
Terimas kasih komas, kerana tayangan percuma di Fak Pendidikan Univ Malaya. Juga ruang komentar dan soal-jawab yang sangat mewah.