State of Play (2009)

Julai 10, 2009 at 12:28 pm (Hollywood) (, , )

200px-State_of_Play_theatrical_posterBen Affleck, Russell Crowe dan Helen Mirren ; tiga nama besar yang mengujakan.

Sinopsis dari Wikipedia

The film tells of a journalist’s probe into the suspicious death of a Congressman’s mistress. Russell Crowe plays the journalist and Ben Affleck plays the Congressman. Support comes from Rachel McAdams, Helen Mirren, Jason Bateman, Robin Wright Penn, and Jeff Daniels. The plot of the six-hour serial has been condensed to fit two hours, and the location changed to Washington, D.C. Macdonald said State of Play is informed by the films of the 1970s, and explores the topical subjects of journalistic independence and the relationship between politicians and the press. It was released in North America on April 17, 2009.”

Ulasan saya

Entah kenapa teringat kepada filem (yang saya suka) Lions for Lambs. Konflik dan jalinan ceritanya lebih kemas dan mendalam.

3 kematian yang berlaku dalam masa 24 jam (dua ditembak dan satu mati secara misteri di stesen keretapi) membawa kepada penyiasatan komplot besar membabitkan dewan kongress.

Penyiasatan ini melibatkan pihak massa yang ghairah memburu cerita, dengan bertindak sebagai polis sendiri.

Elemen saspen dan ‘twist’

State of Play merupakan drama thriller. Banyak unsur tanda tanya. Babaknya ‘twist’ banyak kali. Dari satu saspek ke satu saspek yang lain. Akhirnya, seperti selalunya, yang paling tidak tersangka itulah yang sebenarnya membuat onar.

‘Besar’ cerita dan konfliknya pada saya sudah cukup. Namun sebagai perbandingan, ‘twist’ The Prestige dan The Village (M. Night Shyamalan) lebih real. Bahkan A Beatutiful Mind (2000) yang juga lakonan Russell Crowe lebih cemerlang.

Apapun State of Play berbaloi untuk ditonton. Mencemaskan, punya isi cerita dan falsafah besar dan menghiburkan.

Maklumat tambahan

Pengarah, Kevin Macdonald (lahir 28 October 1967), merupakan pemenang dua kali anugerah BAFTA. Masing-masing untuk filem The Last King of Scotland (2006) dan Touching The Void (2003).

Filem ini saya tonton di sinema MBO, Taman Pulai Utama, Skudai.

Kirim Komen