Robot Tukar-tukar (Transformers 2)
Tranformers : Revenge of The Fallen (2009)
Pengarah : Michael Bay (Pearl Habour)
Penerbit : Michael Bay & Steven Spielberg
Supaya sekelian jutaan peminat fanatik robot-robot ini tidak naik angin dengan ulasan ini, saya berikan dahulu yang ‘best-best’ tentang filem ini.
1. Ini filem bajet besar. Lihat sahaja nama Michael Bay dan Steven Spielberg. Tentu yang terkini dan tercanggih mampu disediakan untuk filem ini. Efek dan aksi boleh tanding Tranformers episode satu.
Cukup satu. Saya beranggapan pengulas lain akan memuji berkilo-kilo untuk filem ini. Namun saya mahu menyorot beberapa sudut lain. Saya bukan ‘peminat-mati-keras’ (die hard fan) filem-filem blokbluster Hollywood. Satu-satunya filem yang saya tonton pada hari pembukaan ialah Hati Malaya (Shuhaimi Baba). Nyaris-nyaris saya kesampingkan Tranformers kerana fenomenalnya. Ia semaca ‘denial’ seperti orang anti Mawi atau anti Siti Nurhaliza. Bukan kerana mereka tidak bagus, namun kerana meluat dengan ‘fenomenal’nya itu.
2. Kebanyakan babak tidak sukar dijangka. ‘Rasa’ nya seperti klise. Tidak ada magik yang membuat saya teringat-ingat. Sepertimana saspennya menonton Spiderman 2. Walaupun Prime dan Witwicky pun mati. Namun apakejadahnya hero mati!
3. Konflik robot-robot lawan manusia adalah isu sejagat. Namun mengapa hanya Amerika sahaja yang diangkat jadi hero. (Tentu sahaja sebab ini filem Hollywood). Ada sedikit campur tangan Shanghai dan bantuan dari Jordan. Sepatutnya ada kerajaan Mesir. Dan UNESCO perlu turut serta kerana robot-robot itu merosakkan tapak warisan dunia. Unsur ini akan menjadikan filem ini universal dan lebih punyai nilai sentimental.
4. Monster vr Alien walaupun animasi ringan kanak-kanak, namun unsur universalnya lebih ketara. Ada ahli mesyuarat senat. Dalam Tranformers bahagian satu, unsur universal itu wujud.
5. Imaginasi untuk mereka bentuk robot-robot sangat tinggi. Pun begitu ia tidak lebih dari duplikasi bentuk manusia dan haiwan. Robot-robot dari planet lain ada kepala, kaki dan tengan menyerupai manusia. Tidak pula berbaki 8 bertangan 7 atau berkepa 3. Imaginasi manusia tentang makhluk planet lain masih terbatas dengan apa yang kita lihat.
6. Robot-robot ini mewakili tamadun besi. Semuanya dari besi. Robot dari besi. Bangunan planet dari besi. Ia adalah imaginasi abad ini. Mungkin 1000 tahun dahulu ketika besi tidak meluas digunakan, imaginasi robot mungkin dari kayu.