Wolfhound (2009/2007)
Selain filem berbahasa Inggeris (baca Hollywood), apabila filem itu ditayangkan diperingkat antarabangsa (lebih-lebih lagi Malaysia yang obses dengan segala yang bercap USA) tentu ada sesuatu yang extra. Ini filem Rusia. Dengan beraninya ditayangkan Malaysia.
Daya tarik poster filem ini dikaitkan dengan Lord of The Ring.
Ia sebuah filem epik. Terbit dan tayang di Rusia pada tahun 2007.
Malang sekali saya menempa rekod keluar panggung sebelum filem tamat. Naratifnya memeningkan. Mungkin ini gaya orang Rusia bercerita. Kerana setiap negara-bangsa mempunyai cara dan stail bercerita tersendiri. Lihat sahaja cara filemfilem Jeman, Perancis dan Sepanyol. Khilaf dengan ‘mainstream’ ala Hollywood. Ini saya berusaha untuk kompromi.
2. Kelemahan yang sangat ketara ialah, alih bahasa. Ini bukan animasi. Alih bahasa meninggalkan kesan ketara pada penghayatan filem. ‘Feel’ pengucapan dan intonasinya hilang apabila ia dialihbahasa.
3. Teknik kameranya dan aksi pertarungan nampat sangat seramai. Padahal menang MTV Rusia untuk anigerah pertarungan terbaik. Mungkin babak terbaik itu ada pada akhiran cerita yang tidak sempat saya tonton.
4. Terasa seperti menonton filem era 70-an.
Apa yang boleh orang industri lakukan pada filem-filem asing ialah, cuba kekalkan bahasa asal. Hanya sediakan sari kata yang lebih baik.
P/s: Tahun lepas KL Convention Centre pernah menganjurkan Festival Filem Rusia. Sayang saya tidak sempat ikut serta.