Robot Tukar-tukar (Transformers 2)

Jun 26, 2009 at 3:18 pm (Hollywood)

transformers2_2Tranformers : Revenge of The Fallen (2009)
Pengarah : Michael Bay (Pearl Habour)
Penerbit : Michael Bay & Steven Spielberg

Supaya sekelian jutaan peminat fanatik robot-robot ini tidak naik angin dengan ulasan ini, saya berikan dahulu yang ‘best-best’ tentang filem ini.

1.    Ini filem bajet besar. Lihat sahaja nama Michael Bay dan Steven Spielberg. Tentu yang terkini dan tercanggih mampu disediakan untuk filem ini. Efek dan aksi boleh tanding Tranformers episode satu.

Cukup satu. Saya beranggapan pengulas lain akan memuji berkilo-kilo untuk filem ini. Namun saya mahu menyorot beberapa sudut lain.  Saya bukan ‘peminat-mati-keras’ (die hard fan) filem-filem blokbluster Hollywood. Satu-satunya filem yang saya tonton pada hari pembukaan ialah Hati Malaya (Shuhaimi Baba). Nyaris-nyaris saya kesampingkan Tranformers kerana fenomenalnya. Ia semaca ‘denial’ seperti orang anti Mawi atau anti Siti Nurhaliza. Bukan kerana mereka tidak bagus, namun kerana meluat dengan ‘fenomenal’nya itu.

2.    Kebanyakan babak tidak sukar dijangka. ‘Rasa’ nya seperti klise. Tidak ada magik yang membuat saya teringat-ingat. Sepertimana saspennya menonton Spiderman 2. Walaupun Prime dan Witwicky pun mati. Namun apakejadahnya hero mati!

3.    Konflik robot-robot lawan manusia adalah isu sejagat. Namun mengapa hanya Amerika sahaja yang diangkat jadi hero. (Tentu sahaja sebab ini filem Hollywood). Ada sedikit campur tangan Shanghai dan bantuan dari Jordan. Sepatutnya ada kerajaan Mesir. Dan UNESCO perlu turut serta kerana robot-robot itu merosakkan tapak warisan dunia. Unsur ini akan menjadikan filem ini universal dan lebih punyai nilai sentimental.

4.    Monster vr Alien walaupun animasi ringan kanak-kanak, namun unsur universalnya lebih ketara. Ada ahli mesyuarat senat. Dalam Tranformers bahagian satu, unsur universal itu wujud.

5.    Imaginasi untuk mereka bentuk robot-robot sangat tinggi. Pun begitu ia tidak lebih dari duplikasi bentuk manusia dan haiwan. Robot-robot dari planet lain ada kepala, kaki dan tengan menyerupai manusia. Tidak pula berbaki 8 bertangan 7 atau berkepa 3. Imaginasi manusia tentang makhluk planet lain masih terbatas dengan apa yang kita lihat.

6.    Robot-robot ini mewakili tamadun besi. Semuanya dari besi. Robot dari besi. Bangunan planet dari besi. Ia adalah imaginasi abad ini. Mungkin 1000 tahun dahulu ketika besi tidak meluas digunakan, imaginasi robot mungkin dari kayu.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Filem @ Drama seram

Jun 22, 2009 at 3:42 pm (Melayu)

Cerita seram wujud dalam masyarakat turun-temurun. Bukan sahaja dalam masyarakat Melayu, sebaliknya semua bangsa dan masyarakat punya kisah-kisah seram tersendiri.

Orang Melayu ada pontianak, pocong dan toyol (menyebut beberapa sahaja). Orang China ada hantu lompat. Orang barat ada drakula dan vampire. Begitu juga tamadun dan bangsa lain.

Al-Qur’an dan cerita hantu

Menurut Al-Quran dan hadits nabi, hantu ialah jin dan syaitan. Keduanya diciptakan dari api. Jin dan syaitan diberi kelebihan oleh Allah untuk menyamar menjadi makhluk-makhluk lain. Dan syaitan seperti yang disebutkan dalam agama, suka (selalu) menyamar menjadi anjing dan ular.

Al-Qur’an sangat terbuka dalam menyampaikan kisah-kisah dan cerita-cerita. Dalam Al-Quran ada cerita pembunuhan seperti pembunuhan dua anak Adam (sumber Israiliyat menyatakan namanya Habil dan Qabil). Qur’an juga memuat kisah homoseksual (kaum Nabi Luth). Qur’an merakam berbagai gejolak jenayah dan kemungkaran manusia.

Begitu juga Al-Quran bercerita tentang jin, syaitan dan sihir. Sebahagian sarjana Islam mengambil faedah dari hal ini menyatakan Islam tidak menolak sebarang bentuk cerita yang ingin disampaikan.

Jika begitu apa yang membezakan cerita @ filem @ drama yang menepati kehendak syara’ dengan filem-filem banyak dipasaran.

Benar Qur’an terbuka dalam tema cerita. Namun tertutup dalam teknik menyampaikan cerita.

Sebagai contoh kisah Nabi Yusuf yang digoda oleh isteri Perdana Menteri Mesir (sumber Israiliyat menamakannya Zulaikha). Dalam surah Yusuf adegan godaan itu dicerita dengan memberi simbol sahaja. Catatan tentang teknik bercerita gaya surah Yusuf di sini.

Justeru apa masalahnya dengan filem-filem seram Melayu

Filem @ drama Melayu tidak memberi justifikasi yang tegas dan benar tentang hakikat hantu @ jin @ syaitan.

Belum ada bukti saintifik mengatakan hantu boleh mengapa-apakan manusia. Islam dari awal lagi menegaskan bahawa jin dan syaitan tidak boleh memudaratkan manusi tanpa izin dari Allah.

Cerita Melayu tidak melakukan itu. Hantu diberi gambaran memiliki kekuatan dan kuasa untuk memudaratkan manusia. Sehingga perlu dipanggil bomoh dan pawang.

Saya tidak mahu menafikan realiti akan wujud dan bencana yang dibawa oleh hantu a.k.a jin syaitan ini. Bahkan Qur’an sendiri menegaskan sumpah iblis untuk menyesatkan anam Adam.

Persoalan saya hanya berkait justifikasi.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Wolfhound (2009/2007)

Jun 21, 2009 at 4:40 am (Bahasa Asing)

UntitledSelain filem berbahasa Inggeris (baca Hollywood), apabila filem itu ditayangkan diperingkat antarabangsa (lebih-lebih lagi Malaysia yang obses dengan segala yang bercap USA) tentu ada sesuatu yang extra. Ini filem Rusia. Dengan beraninya ditayangkan Malaysia.

Daya tarik poster filem ini dikaitkan dengan Lord of The Ring.

Ia sebuah filem epik. Terbit dan tayang di Rusia pada tahun 2007.

Malang sekali saya menempa rekod keluar panggung sebelum filem tamat. Naratifnya memeningkan. Mungkin ini gaya orang Rusia bercerita. Kerana setiap negara-bangsa mempunyai cara dan stail bercerita tersendiri. Lihat sahaja cara filemfilem Jeman, Perancis dan Sepanyol. Khilaf dengan ‘mainstream’ ala Hollywood. Ini saya berusaha untuk kompromi.

2. Kelemahan yang sangat ketara ialah, alih bahasa. Ini bukan animasi. Alih bahasa meninggalkan kesan ketara pada penghayatan filem. ‘Feel’ pengucapan dan intonasinya hilang apabila ia dialihbahasa.

3. Teknik kameranya dan aksi pertarungan nampat sangat seramai. Padahal menang MTV Rusia untuk anigerah pertarungan terbaik. Mungkin babak terbaik itu ada pada akhiran cerita yang tidak sempat saya tonton.

4. Terasa seperti menonton filem era 70-an.

Apa yang boleh orang industri lakukan pada filem-filem asing ialah, cuba kekalkan bahasa asal. Hanya sediakan sari kata yang lebih baik.

P/s: Tahun lepas KL Convention Centre pernah menganjurkan Festival Filem Rusia. Sayang saya tidak sempat ikut serta.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)

Jun 19, 2009 at 3:28 am (Melayu)

jpbc_A2_100209Saya bukan peminat filem genre seram. Sumpah saya tidak akan masuk panggung untuk hanya filem-filem seram. Walaupun keputusan ini menyalahi pendapat peminat filem-filem seram. Saya masuk panggung untuk filem ini juga bukan kerana dia masuk kategori filem komedi. Apa yang boleh diharapkan dari produk Metrowealth dan arahan Ahmad Idham. Mereka buat kerja dengan baik dan sungguh-sungguh (mungkin), hanya saja itu bukan kecenderungan saya.

Satu-satu yang memancing untuk saya beli tiket adalah kerana judulnya. Jhantu kak limah1udulnya sahaja yang menggeletek hati saya. Satunya, kerana ia menggabungkan dua judul filem yang laris. Kedua, kerana judul ini membawa makna yang sangat misterius. Seolah-olah ada rahsia besar disebalik congkak itu.

Hasilnya saya dicemuh oleh teman yang menonton bersama saya.

Saya sedaya upaya berusaha untuk optimis pada pembikin filem. Walaupun banyak juga filem-filem Idham dan Metrowealth saya tidak minat, namun kali ini saya cuba untuk beri peluang kepada diri sendiri untuk menikmati hidangan mereka kali ini. Ternyata saya kecewa.  Sangat kecewa.

Saya menanti-nantikan buah tangan terbaru Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Judulnya sahaja sudah buat saya tidak sabar hendak terjah pintu panggung.

Pautan Kekal 2 komen

Raksasa lawan Makhluk Asing (2009)

Jun 13, 2009 at 3:36 am (Animasi, Hollywood)

Monsters vs Aliens (2009)200px-Monsters-vs-aliens-poster

Ha ha ha. Beberapa teman saya ketawa sambil angkat kening, apabila saya beritahu tonton filem ini. Saya sangat tidak berkira untuk menonton filem-filem animasi Hollywood.

Kenapa?

1. Propagandanya sangat minima berbanding filem biasa.

2. Membikin filem animasi memerluka orang yang lebih bijak berbanding filem biasa.

3. Mesej cuba disampaikan dengan cara yang sangat santai.

4. Penggunaan bahasa yang sangat terkawal dan sebutan jelas. Sesuai untuk belajar bahasa.

Itu antara famtor-faktornya.

Namun, Monster vr Alien akhirnya menjadi antara beberapa filem-filem animasi yang saya tidak gemar. Ceritanya sangat bersifat tontonan kanak-kanak ala rancangan kartun televisyen. Saya tidak nampak cerita atau jiwa besar dalam filem ini. Tidak ada apa yang boleh dibawak keluar dari filem ini untuk difikirkan.

Hanya ada beberapa babak yang betul-betul mampu membuat saya ketawa sehingga hari ini. Sangat sinis dan tajam.

1. Babak imbasan sekuriti (scan) : Scan tapak tangan, scan anak mata, scan anak tekak dan yang paling lucu ialah scan punggung.

2. Kata Encik Presiden ketika diserang Alien, “Adakah kalian mahu membiarkan dunia kiamat ketika saya menjadi Presiden?”

3. Apabila berlaku satu kesilapan, Presiden akan cuba mencari kambing hitam dari kesilapan itu. Sekiranya ternyata itu memang salahnya, maka Encik Presiden dengan kuasa vetonya berkata, “Kill somebody!”.

Pautan Kekal 1 Komen

Dangerous Mind (1995)

Jun 4, 2009 at 10:49 am (Motivasi)

200px-Dangerous_minds“Dangerous Minds is a 1995 drama film based on LouAnne Johnson’s autobiographical account of her experience as a Marine who left her career to become a teacher at a well-off high school attended by bussed-in students from a ghetto” – Wikipedia

Ini kisah guru-guru yang dedikasi. Sangat sesuai ditonton sebagai penambag motivasi dan semangat buat guru.

Pada setiap zaman, akan ada cabaran yang berbeza. Jika sebelum merdeka cabaran guru ialah kemudahan. Namun pada hari ini, banyak sudah kemudahana disediakan bagi memperbaiki proses pembelajaran. Sebaliknya cabaran yang muncul pula ialah isu pelajar dan sokongan keluarga yang dikatakan semakin terhakis kepada institusi pendidikan.

Selain filem ini, terdapat juga beberapa buah filem lain yang mengangkat tema pendidik yang gigih. Antara yang saya ingat ialah

1. Gridiron Gang lakonan The Rock

2. Laskar Pelangi – adaptasi dari novel dengan judul yang sama.

3. Baginda – filem Melayu lakonan Azean Irdawati dan Jalil Hamid

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Two Weeks (2006)

Jun 4, 2009 at 10:00 am (Hollywood)

200px-Two_weeksTW ialah sebuah kisah keluarga. Anita Bergmen (Sally Field) seorang wanita tua yang uzur sedang menghitung hari. Anita disahkan oleh doktor sedang ‘nazak’. 4 orang anak Anita (Keith, Barry, Emily dan Mathew) pulang menyediakan keperluan untuk mengurus ‘jenazah’ Anita nanti.

Filem ini menyelusuri 14 hari anak-anak Anita menemaninya sebelum meninggal.

Saya menggemari filem-filem bertemakan keluarga. Walaupun filem ini mengambil latar 14 hari dalam tempoh Anita nazak, namun secara tidak langsung apa yang berlaku selama masa itu turut menyingkap keseluruhan kisah-kisah dalam keluarga Bergmen.

TW mengingatkan saya kepada filem-filem bertema keluarga yang pernah saya tonton. Antaranya :

1. You Can Count On Me (200)

2. Imaginary Heroes (2004)

Kedua buah filem ini tidak terkenal, bahkan mungkin tidak ‘box office’. Namun ia diberi ulasan yang baik. Genre begini menjadi kegemaran saya.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Disturbia (2007)

Jun 4, 2009 at 9:35 am (Hollywood)

Disturbia is a 2007 thriller film directed by D.J. Caruso and executive produced by Ivan Reitman. It is an updated version of Alfred Hitchcock’s classic film Rear Window (1954). Disturbia stars Sarah Roemer and Shia LaBeouf as a teenager who thinks he witnesses a murder when 200px-Disturbiahe was spying on his suspicious neighbor while serving house arrest”. – dari Wikipedia.

Ulasan

Tidak ada apa-apa yang menarik tentang filem ini. Sebuah filem teka-teki. Ia sebuah produk pelengkap kepada sebuah produksi sementara menghasilkan filem ‘blockbuster’.

Hanya satu perkara yang menarik ialah bagaimana Kale (lakonan Shia LeBouf) memanfaatkan hukuman (perintah berkurung dalam rumah selama 3 bulan) untuk merubah perspektifnya kepada kehidupan. Kale mula memerhati dunia sekeliling dengan lebih teliti. Akhirnya Kale berjaya membongkar kisah pembunuhan kejam bersiri hasil dari penelitiannya itu.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen