Malaikat dan Syaitan (Angels and Demons)
Tarikan utama filem ini ialah kerana novel The Da Vinci Code yang dibaca ramai. Walaupun filemnya tidak diterima sebaik novelnya. Saya masih belum tonton The Da Vinci Code. Ulasan ini berdasarkan Angels and Demond semata-mata.
1. Ceritanya nampak besar kerana Tom Hanks dan pergolakan politik geraja (isu sensitif). Saya senang melihat proses perlantikan Pope dari dekat. Jika sebelum ini, sebagai seorang Muslim, saya tidak memahami Kristian hari ini secara teknikalnya. Berdasarkan filem ini, nyata undian a.k.a itu sunnah Kristian.
2. Undur ‘tricky’ nya tidak sebaik The Prestige lakonan Hugh Jackman. ‘Twist’ terbaik pada saya masih ‘The Prestige’, siri filem M.Night Shyamalan, The Others dan A Beautiful Mind.
3. Umat Kristian tidak segan-segan menelanjangkan agama mereka. Betapa demokratiknya umat Kristian.
4. Maaf, AnD bukan filem kegemaran saya, baik cerita dan teknik ceritanya.

Harvey Milk (2008)

Saya tonton filem ini bukan kerana inti perjuangan homosksualnya. Sebaliknya kerana Sean Penn merupakan aktor kegemaran saya sejak filem I Am Sam (2000). Ya benar lakonan Sean Penn dalam Milk bagus, namun kemunculan beliau dalam I Am Sam lebh menyerlah, membawa watak seorang bapa yang terencat. Belilau kalah kepada Denzel Washington untuk filem Training Day.
Selebihnya filem ini sarat dengan propaganda. Memperjuangkan hak minoriti sehingga mengancam puak majoriti. Saya tidak berminat dengan polemik seksualiti. Filem ini menarik kerana ia merakan potret seorang aktivis.
Filem Pembaca!
The Reader membariskan pelakon kegemaran saya sejak Titanic, Kate Winslet. Dan akhirnya setelah menelanjangkan diri tanpa seurat benang di badan, tertayang dalam babak-babak yang banyak dan panjang, Kate menang Oscar. Begitu hal bagi banyak pelakon wanita demi meraih anugerah tertinggi bidang lakonan di Hollywood.
Kisah
Filem ini adalah hasil adaptasi novel dengan judul yang sama. Berkisar seputar perhubungan cinta dua insan dari generasi berbeza. Hanna (Kate), 36 tahun dan pasangan yang boleh dianggap anak Michael (Kross), 15 tahun. Permulaan filem ini agak membosankan. Bibit-bibit bagaimana bermulanya skandal mereka.
‘The Reader’ tercetus dari Michael yang sering membacakan Hanna buku sebelum mereka mengadakan hubungan. Dan kemudian dari itu barulah diketahui bahawa Hanna seoran yang buta huruf.
Selebihnya dapat dibaca dan ditonton dalam filem.
Ulasan
Perhatian saya lebih tertumpu kepada kegiatan Michael membacakan buku buat Hanna. Sebagai seorang yang terobses dengan buku, babak-babak Hanna dibacakan buku dan babak-babak akhirnya bagaimana Michael mengirimkan pita rakaman bacaannya kepada Hanna. Pada saya ia sangat mengujakan. Bagaimana cinta dan kasih Michael dicurahkan lewat buku-buku yang dibacanya, mengalir bersama getar tutur patah katanya membaca buku.
Lakonan Kate nyata cemerlang dan mengesankan.
Saya meminati filem ini pada bahagian-bahagian tertentunya sahaja. Sementara pada bahagian-bahagian lain (termasuk babak seks Hanna dan Michael) sangat membosankan.
The Reader terbitan Anthony Minghelle dan lakonan Ralph Fiennes mengingatkan saya kepada dua filem yang dikatakan baik, namun saya tidak menggemarinya, yakni The English Patient dan Break and Entering.
Lelaki X : Mencari Asal Usul (X-Men)
Ketika Hugh Jackman merancang untuk mengembangkan watak Logan, saya teringat akan Rosyam Nor ketika mahu mengembangkan asal usul Castello dari KL Menjerit.
Selepas khalayak seakan mahu termuntah dengan sekuel, kemudian muncul pula idea pre-kuel. Pendek kata penonton diasak kiri-kanan atas dan bawah untuk menonton cerita yang sama. Ini namanya ‘marketing’. Cerita yang sama dijual berkali-kali. Begitu maju dan canggih ilmu pemasaran yang dikaji oleh para pemuka filem.
Ulasan Wolverine agak lambat menyusul, hanya selepas seminggu ia keluar. Sekadar ingin melihat reaksi peminat siri x ini.
Selepas disajikan dengan 3 siri pertama yang ‘wow’ hingga punggung saya hampir terlompat dari kerusi, kahadiran Wolverine seperti sekadar pelengkap sahaja. Walaupun sebagai perbandingan, watak Logan adalah yang paling menarik berbanding watak-watak lain dalam siri-siri sebelumnya.
Namun sayang, entah di mana silapnya. Wolverine hanya sekadar menayang aksi
-aksi kosong dan ‘body’ Hugh Jackman yang dibentuk cantik. Teringat saya kepada Amir Khan dalam Gajini. Adik-beradik. Kedua-dua filem ini mengeksploitasi bentuk tubuh pelakon utamanya semaksima yang mungkin. Atau pelakon-pelakon ini yang mengeksploitasi filem?
Poin saya
1. Wolverin adalah obese Hugh Jackman terhadap tubuhnya sendiri.
2. Penuh aksi-aksi kosong.
3. Sekuel terburuk X-Men
