Twilight : Newmoon (2009)
Tiada apa-apa yang dapat saya ulas tentang filem ini, melainkan sekadar mengabulkan hasrat seorang teman untuk mengetahui filem ini dari sudut bebola mata saya. Siri pertama sekuel filem ini saya tidak tonton. Namun saya percaya, filem pop komersial bukan drama bersiri.
Saya terus membuka ensiklopedia web, wikipedia untuk mendapatkan maklumat detil.
Stephenie Meyer adalah individu yang paling diraikan atas kejayaan filem ini. Selaku penulis novel asal, beliau dinamakan selepas (atau sebaris) J.K Rowling yang sukses dengan siri Harry Potter nya.
Setiap siri Twilight diinspirasikan oleh novel-novel yang di baca oleh Meyer. Dalam catatan Wiki, beliau menyatakan Newmoon banyak dipengaruhi oleh Romeo dan Juliet oleh Shakespeare. Begitu juga dengan siri-siri yang lain dengan karya-karya besar agung yang lain.
Beliau juga merupakan peminat fanatik karya Jane Austin. Bahkan Twilight pertama dipengaruhi oleh Pride dan Prejudice.
Rebiu saya
Sekali lagi, tiada apa-apa yang istimewa. Ramuan pop komersialnya sangat stereotaip. Kisah cinta romantis tragik + seram ‘pontianak’ + aksi ’serigala jadian’. Ini ramuan utama filem-filem komersial.
Dibarisi pelakon-pelakon yang muda remaja dan ’sedap mata memandang’ (walaupun saya tertanya-tanya, apalah sangat dengan Edward… langsung tak macho!).
Imejan-imejan diambil dengan cantik. Pontianak yang cantik-cantik (kan selalu hantu huduh dan bengis!), pemandangan yang indah (subhanallah), dan babak lawan, luka dan bunuh juga menarik. Seolah-olah pembunuhan dan kekejaman juga satu bentu keindahan.
Satu yang saya suka
Ialah muzik latar dan ‘klip video’ yang dimainkan. Ia. Babak-babak yang memuat lagu-lagu dibuat seperti klip video. Yang tergambar pada saya ialah lagu-lagu dan klip video Coldplay. Perkara ini sebenarnya sebahagian dari pengaruh Meyer. Beliau menyebut antara pemuzik yang beliau minati termasuk Coldplay, Muse dan Linkin Park.
Evergreen!
Namun saya tidak fikir karya ini akan dapat bertahan lama, kerana sifatnya yang kontemporari.
Bella kahwin Edward!
Satu catatan mengenai perkahwinan bangsa pontianak (spesis jin) dan manusia, menurut Islam.
2012 bukan kiamat (2009)
Banyak kontroversi melanda filem ini. Dan kontroversi ini seperti sengaja diundang, tentu sahaja untuk tujuan promosi. Saya termasuk dari ketegori penonton yang terpedaya.
Saya hilang selera apabila melihat profil pengenalan pembikin filem ini. Pernah menghasilkan Independence Day. Ia dinamakan sebagai filem terburuk Hollywood pada tahun itu oleh sekumpulan pengkritik.
Tidak ada apa yang yang ‘wow’ tentang filem ini. Hanya sahaja saya ingin melontarkan beberapa perkara tentang tafsiran filem ini.
2012 Kiamat!
Ramai yang mengaitkan filem ini dengan peristiwa kiamat. Filem ini tidak menayangkan banyak babak melibatkan orang Islam (berdasarkan tontosan saya). Mungkin bimbang dengan reaksi ‘penghinaan’ terhadap agama Islam.
Pun begitu hal kiamat tidak hanya tercatat dalam agama Islam. Ia juga diceritakan dalam Injil dan Taurat. Sebahagian besar kisah-kisah berkenaan hari kiamat tidak diselewengkan oleh penganut Krsitian dan Yahudi.
Namun filem ini langsung tidak menyentuh soal tiupan sangka kala, kemunculan Yakjuj wa Makjuj atau turunnya Nabi Isa.
Justeru saye membuat kesimpulan, 2012 tidak punya kaitan dengan peristiwa kiamat.
2012 tentang Banjir Nabi Nuh
Sebaliknya intertekstual filem ini adalah dengan peristiwa banjir yang melanda umat Nabi Nuh alaihissalam. Ini yang lebih hampir.
- Kapal besar
Ini dikuatkan lagi dengan pembinaan beberapa buah kapal besar demi menghadapi banjir. Jika zaman Nabi Nuh, yang naik kapal hanya orang yang beriman. Manakala dalam 2012 yang naik kapal ialah orang-orang yang kaya. ‘Tambang” kapal ini berharga Euro 1 billion.
Bukankah iman sinonim kepada wang pada hari ini?
- Haiwan-haiwan diselamatkan
Hipotesis saya disokong dengan peristiwa menyelamatkan spesis haiwan. Yang saya nampak zirafah dam gajah. Bukankah bahtera Nabi Nuh juga memuatkan pasangan haiwan.
Apapun 2012 adalah sebuah filem fiksi. Kita penonton hanya mentafsir. Makna sebenarnya masih ada pada penulisnya. Lebih-lebih lagi ia dibikin oleh pembikin yang serius memikirkan soal untung dan wang.
Saya menyesal menonton filem ini. Ada teman menyampaikan khabar angin kononnya ada watak yakjuj wa makjuj muncul dalam filem ini. Cis!
Pisau Cukur (2009)

Pisau Cukur belum boleh diiktiraf filem yang sangat baik (walaupun lakokan fazura sangat mengesankan, hingga ada yang memberi gelar ‘award winning actress’). Namun sangat rugi jika kalian tidak tonton Pisau Cukur.
Kisahnya tentang dua wanita cantik jelita mencari cinta.
Saya mula teruja dengan Rafidah (penulis) dan Bernard Chauly (pengarah) melalui Gol dan Gincu. Walaupun karya mereka condong ‘urban’. Ada sesuatu yang lain, warna dan corak yang unik tampil menerusi naskah mereka.
Warna-warni
Ada wanita muda yang cantik. Ada lelaki muda yang kacak. Ada lelaki tua yang beristeri 3. Ada datuk. Ada tran sri. Ada gay. Ada lesbian. Ada Ada macam-macam.
Antara tarikan utama pisau cukur ialah variasi pelakon-pelakon handalan dan ternama.
Di tambah pula, Pisau Cukur menampilkan visual yang cantik dan senang dilihat. Baik berupa wajah menawan pelakon lelaki dan perempuan. Termasuk pelakon-pelakon tua dimekap dengan cantik (Khatijah Tan).
Juga tarikan fesyen dan kostum yang cantik-cantik dan berjenama. Fazura sahaja beberapa kali menyebut ‘oh Gucci‘ dan’Louis Vutton’.
Runut bunyi
Namun dari sudut audio dan runut bunyi, Pisau Cukur tidak berapa sedap didengar. Sungguh lagu-lagu baru yang dimainkan sedap, namun bunyi-bunyi lain yang melatari filem, pada saya kurang tarikan. Yasmin dan Shumi mungkin lebih teliti dan hal ini.
Falasi lelaki kaya
Saya hanya mahu menari perhatian perihal lelaki kaya. Dalam Pisau Cukur, digambarkan Tan Sri dan Datuk adalah ornag yang berharta dan kaya. Ini satu salah tanggapan (falasi) yang jelas.
Bukan cara yang tepat mengukur kaya atau tidak seseorang itu dengar gelarnya sahaja. Tidak sedikit datuk atau tan sri yang terpaksa menggunakan pengaruhnya untuk mengambil wang dengan cara yang salah.
Lakonan Fazura
Apa yang paling menonjol dalam filem ini pada saya ialah lakonan Fazura yang sangat ‘outstanding’. Sepanjang filem berjalan, saya menanti-nantikan kelibat Fazura. Manakala Maya terpaksa berusaha keras untuk menghilangkan bayang-bayang watak serius yang beliau bawa dalam filem terdahulu.
Saya melihat Fazura banyak melakukan ‘homework’ untuk membawa watak gedik. Saya fikir lakonan pelakon fred A Hollywood, Nicole Kidman banyak mempengaruhi Fazura. Mungkin melalui filem Moulin Rouge.
Geng Jahanam (Inglorious Basterds)

Judul asal : Inglorious Bastards (2009)
Sebab utama saya tonton filem ini bukanlah Brad Pitt sebaliknya Quentin Tarantino. Kill Bill 1 & 2 dan Pulp Fiction merupakan karya beliau yang sering diperkatakan. Walaupun lakonan pelakon kacak kegilaan ramai ini bukanlah buruk sangat, namun bak kata seorang tukang rebiu filem, Pitt dan pelakon-pelakon kacak sudah terkena sumpahan untuk tidak menang dalam mana-mana festival.
Teknik
Dari sudut teknik biar pengritik yang pakar buat. Saya suka ketelitian kamera menangkap sudut dengan teliti. Dari puntung rokok yang merah berbara hingga ke set dan kostum.
Ia sebuah filem yang mewah.
Kisah
Ini kisah sengketa tentera Nazi-Jerman dan orang-orang Yahudi (Geng Jahanam). Dari sudut ini, genre tragik Yahudi bukan kegemaran saya. Orang Yahudi tidak akan pernah berhenti meminta simpati dunia. Atas alasan pasca-pembersihan oleh tentera Nazi. Benar tentera Nazi membunuh puak Yahudi secara borong. Namun angka yang disebut hanyalah berdasarkan andaian catatan diari seorang gadis belum cukup umur, Anne Frank.
Dalam filem ini, Geng Jahanam (Iglarious Basterds)dari puak Yahudi membalas dendam kekejaman Nazi. Namun pada akhirnya tidak ada pihak yang lebih baik antara satu sama lain. Kekejaman dbalas dengan kekejaman.
Apapun filem ini masih dalam kategori filem yang patut ditonton. dengan menolak ketepi propaganda anti-Nazi dan pro-Yahudi, filem ini antara karya terbaik tahun ini.
Lembing Awang Pulang ke Dayang (2009)
Sebagai menghormati penat, lelah dan belanja RM 1.6 juta menghasilkan filem, maka saya tidak akan mengomen panjang. Cukup dalam beberapa bairs perkataan ; memualkan dan memalukan industri filem melayu.
Saya kepilkan ulasan lain yang saya fikir lebih adil dan tidak emosional. Saya sokong filem melayu, itu sebab saya beli tiket dan tonton sendiri.
Srikandi Tanah Jauhar
Petikan dari puterijb.
Srikandi Tanah Jauhar mengungkap kegigihan anak-anak muda dalam memperjuangkan maruah bangsa dan tanah air. Johor pernah memiliki wilayah amat luas yang meliputi Terengganu, Kepulauan Riau melangkauan Pahang, Singapura dan selatan Semenanjung Tanah Melayu malah Johor itu berasal daripada perkataan ‘jauhar’ yang membawa makna ‘permata’ oleh pedagang-pedagang dan pendakwah dari Timur Tengah.
Novel Si Bongkok
Srikandi Tanah Jauhar berlatarbelakangkan dua zaman. Zaman Bongkok sekitar awal tahun 1900 digabungkan dengan latar belakang Tun Fatimah sekitar tahun 1500. Perjuangan dengan jiwa raga, darah dan air mata dalam menegak kedaulatan tanah tumpah darah, mempertahankan ideologi sedia ada serta menghapuskan ideologi lapuk yang membebankan orang kebanyakan. Mereka menjadi lagenda kepada para pejuang pada masa kini. Perjuangan melalui kuasa politik diteruskan dengan mengambil semangat daripada roh-roh pejuang yang tubuhnya telah lindap di bawah lapisan tanah namun semangatnya masih mengapung tekad tekal generasi warisan masa kini.
Rahimah Muda sebagai pengarah
Karya dan Arahan: Rahimah Muda
Ulasan
Jarang saya dapat menonton persembahan teater. Beberapa kali ada tahun 2005 di Alor Star. Tahun lepas di MATIC, itupun pementasan Randai dan bangsawan. Justeru tidak banyak yang boleh saya komen.
Saya suka dan puji inisiatif sebegini. Teks dan kisah sejarah diolah semula. Justeru nilai perjuangan dan taat kepada negara dapat meresapi ke dalam jiwa penonton, kerana ditampilkan dengan cara segar.
Tahniah kepada Rahimah Muda. Kita kekuarangan karyawan yang bersungguh membikin karya yang bermanfaat kepada audien.
Awan Mendung dengan Kebarangkalian Hujan Bebola Daging
Mungkin terjemahan judul filem anmasi ini terasa jaggal dan kelakar. Akan tetapi bukankan dalam Bahasa Inggeris pun ia berbunyi pelik.
Flint Lockwood seorang anak yang gemar mencipta. Dari kecil dia cuba mencipta macam-macam benda. Antaranya televisyen berkaki, tikus bersayap dan kereta terbang. Namun ciptaannya itu kebanyakannya separa-siap. Flint selalu diejek bodoh dan gila kerana sikap gemar menciptanya itu.
Ciptaan Flint yang paing besar ialah mesin memproses air menjadi makanan. Ia belaku secara tidak sengaja pada awalnya. Tiba-tiba mesin ciptaan Flint meletus dan terbang ke langit lalu menukar hujan menjadi burger. Sejak hari itu hidup Flint mula berubah.
1. Inovasi
Sikap prejudis dengan ciptaan dan inovasi baru bukanlah perkara yang baru. Sejarah peradaban Eropah mencatatkan saintis dan inventor dipandang hina dan dituduh melawan agama (Kristian ketika itu). Galieo Galilie, sebagai contoh, dikecam dan dihukum kerana kajian sainsnya menunjukkan bumi mengelilingi matahari. Sedangkan pihak gereja ketika itu beriman bahawa bumi adalah paksi alam.
Sejarah mencatatkan seseorang yang melalukan perubahan, membawa pembaharuan atau cuba mencipta sesuatu yang baru untuk masyarakat, dituduh dengan berbagai label. Baca buku tulisan Ainon Mohd & Abdullah Hassan tentang membina dan merancang cara berfikir untuk menjadi inventor.
2. Makan dan makanan
Dari sisi lain, filem ini membawa kita ke satu situasi yang melanda umat manusia. Iaitu obsesi kepada makanan.
Seperti kata Jalil Hamid, ada orang mati kerana tak cukup makan. Dan yang lebih mengejutkan ramai juga manusia yang mati kerana terlebih @ tersalah makan.
Juga saya teringat satu babak dari filem animasi Over The Hedge, satu watak haiwan berkata, “Manusia menyembah makanan”, merujuk kepada doa tadah tangan yang di baca didepan makan. Ini budaya dalam banyak ajaran agama. Hanya saja tafsiran watak ini berbeza. Kemudian melihat manusia bersenam menggunakan alat elektronik katanya punya, “Manusia bersenam supaya dapat makan dengan lebih banyak”.
Obses kepada makanan natijahnya obesiti. Saya pernah membaca satu hadis nabi berkaitan akhir zaman. Antara dikatakan manusia akhir zaman ‘banyak lemak’. Cuma saya masih berusaha mendapatkan semula sumber rujukan hadis ini.
Sindiran tajam tentang obesiti dapat disaksikan dalam filem Wall-E apabila manusia semua menjadi bulat seperti babi gumuk yang hanya tahu makan dan makan. Sehingga berjalan pun perlu kerusi roda automatik.
Sudah ada restoren makanan segera terkenal yang memperkenalkan pelekat kenderaan.
3. Hubungan ayah dan anak lelaki
Akhir-akhir ini (atau hanya saya baru perasan), banyak filem membicarakan tema hubungan ayah dan anak (terutama anak lelaki). Termasuk The Pursuit Happines dan Papadom.
Dalam filem ini, dua watak bapa memainkan watak penting bersama-sama anak lelaki mereka. Mungkin mesej yang ingin disampaikan agar lelaki turut mengambil bahagian dalam proses tumbesaran anak-anak terutama bagi anak lelaki.
Hari ini, sebahagian bapa menyerahkan tugas membesar dan mendidik anak-anak kepada isteri bulat-bulat. Yang penting pada mereka cukup menyediakan makan, pakai dan wang yang cukup.
Papadom (2009)

Cerita yang baik lazimnya mengambil inspirasi dari kisah benar. Apabila ia kisah benar, maka naratifnya bergerak sambil berinteraksi dengan penonton. Setiap dialog dan babak yang berlalu mengajak penonton bergulat sama dengan filem.
Papadom merupakan rintihan dan renungan diri pengarah / penulis (Afdlin Shauki) terhadap kerjaya dan keluarganya.
Encik Saadom (altar ego Afdlin) merupakan seorang peniaga gerai makan nasi kandar. Demi meningkatkan taraf hidup keluarganya, Saadom bekerja kuat kembangkan perniagaannya. Hinggakan beliau mengabai tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami.
Afdlin menjadikan Papadom sangat dekat dan personal dengan dirinya. Imej-imej keluarga dan adegan bersama Mia sewaktu kecil sangat nostalgik. Seperti album gambar keluarga yang klasik. Filem ini membuat kita pulang ke rumah menyelak semula album gambar kenangan famili masing-masing.
Lantaran sesal dengan sikap acuh tidak acuh terhadap keluarga (yang mengorbankan isterinya), Saadom berubah menjadi ayah yang prihatin dan memberi perhatian terhadap anaknya. Sayangnya sikapnya itu berlarutan sehingga mengongkong setiap pergerakan dan perbuatan anaknya Mia Sara.
Konflik bermula apabila jiwa remaja Mia memberontak untuk belajar hidup berdikari.
Komen saya pula begini
1. Afdlin masih seorang dari pengarah kegemaran saya.
2. Humor Afdlin masih gila-gila. Terutama idea boria pada permulaan dan penutup filem. Ala Broadway. Juga bayang-bayang isteri Saadom yang mengekorinya dengan imej dan pakain yang variasi. Ia kelakar yang natural. Hanya saja filem ini agak ‘mello’ berbanding filem Afdlin yang lain. Mungkin pengarah cuba menyesuaikan dengan tema keluarga.
3. Naratif filem ini agak simple berbanding filem Afdlin sebelum-sebelum ini seperti Baik Punya Cilok atau Los dan Faun. Mungkin kerana temanya juga berbeza. Kali ini Afdlin cuba menyampaikan ‘rasa’. Namun masih dalam kategori ‘brillian’. Watak, konflik dan humor dijalin dengan kemas dan rapi.
4. Babak lelaki menangis merupakan ‘mood spoiler’. Itu sebab filem-filem Hindi (walaupun heronya macho dan handal bertumbuk) kurang diminati orang lelaki. Airmata adalah pencabar kejantanan. Pantang anak lelaki menitiskan airmata. Airmata lelaki hanya halal berlaku pada titik akhir pergolakan. Bukan kerana putus cinta, juga bukan kerana kematian. Airmata Saadom saya rasa sangat original ketika babak bersama Mia dalam kabin tukang kebun. Saya yakin benar itu adalah air mata ikhlas Afdlin mengenangkan realiti kehidupan beliau. Dan raut wajah itu saya lihat pertama kalinya pada wajah ayah saya.
‘Moral of the story’
Mesej positif dalam filem Papadom sangat kuat.
1. Filem ini mengkritik skil ‘parenting’ yang silap. Saadom percaya, wang mampu melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya. Hakikatnya wang bukanlah segalanya, sebaliknya wang hanya sebahagian dari segalanya. Tidak sedikit ibu bapa percaya, dengan menyediakan material yang banyak itu sudah memadai untuk anak-anak tumbuh dan membesar dengan baik. Manakala dari kelompok yang lain pula, ramai juga ibu bapa yang tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dan terbaik untuk menyediakan material dan prasarana yang cukup untuk keluarga.
2. Sayang anak tangan-tangankan. Ramai ibu bapa yang lupa akan nasihat ini. Niat yang betul perlu disusuli dengan cara yang betul juga. Saadom sayangkan Mia dengan cara yang tidak tepat. Setiap inci pergerakan Mia diintip. Dan akhirnya jiwa remaja Mia berontak. Saadom cuba menjadi ayah yang ‘protective’ sehinggakan jurulatih silat Mia dibelasah kerana menyakiti Mia.
Hari ini tidak sedikit dari guru-guru disaman dan diserang kerana bertindak atas kesalahan pelajar. Natijahnya pelajar semakin kurang hormat dan takut dengan guru dan selesa melakukan kesalahan tanpa dikenakan hukuman.
Pengganti / Surrogates (2009)
Satu isu sinema bahasa asing di Malaysia ialah, terjemahan sarikata yang amat buruk. Teknologi panggung, sistem bunyi dan filem itu sendiri sudah berkembang pesat. Namun sarikatanya masih jauh terkebelakang. Masih menggunakan format tulisan mesin taip dan kualiti terjemahan yang sungguh jelik. Lebih baik sedikit dari sarikata dvd cetak rompak. ‘Hey baby‘ diterjemahkan sebagai ‘hey bayi’ atau ‘You look great’ kepada ‘awak nampak besar’.
Justeru menterjemahkan Surrogates sebagai Pengganti adalah sangat lucu dan tidak munasabah.
X-factor filem ini (pada saya sekurang-kurangnya) ada pada pelakon utamanya Bruce Wilis.
Sinopsis
Ia berkisar kehidupan pada tahun 2017 (3 tahun sebelum wawasan 2020 direalisasikan). Ramai manusia telah memiliki sebuah robot mirip manusia untuk melaksanakan tugas rutin manusia. Ia hanya perlu dikawal dari dalam rumah. Robot ini dinamakan ‘Surrogates’. Robot ini akan ke pasar membeli barang dapur, pergi ke pejabat untuk bekerja dan tujuan-tujuan lain.
Apa yang lebih menarik, kita bebas membeli atau menempah robot mengikut citara dan rupa paras yang kita suka. Menarik bukan. Ia lebih dari sekadar mekap, suntikan botox atau pembedahan plastik. Kini (tahun 2017) manusia boleh memiliki sebuah tubuh idaman yang ‘totally’ berbeza dengan jasad asal manusia. Betapa manusia suka ‘memperbaiki’ ciptaan Tuhan!
Sekali pandang tiada apa-apa yang menarik. Satu lagi filem fiksyen-thriller. Babak kejar-mengejarnya sungguh mendebarkan. Sehingga teman menonton saya genggam tinju. Saya juga hampir kalih punggung dari tempat duduk.
Ulasan saya
1. Simbol dan analogi
Filem ini menyampaikan mesej secara simbolik. Betapa manusia ghairah dengan teknologi mesin. Hampir semua perkara mahu di automatikkan. Kemuncaknya manusia hanya perlu berbaring di bilik, dan biarkan robot / mesin laksanakan semua.
Manusia mungkin tidak akan lenyap lantaran banyaknya mesin dan robot menggantikan fungsi manusia. Namun yang akan hilang ialah peluang pekerjaan. Bukankan sudah ada mesin penoreh getah secara automatik. Juga mesin menjual makanan dan minuman secara automatik. Dan akhirnya apa lagi yang boleh dilakukan oleh manusia untuk terus mencari sesuap nasi.
Namun pada hemat saya, yang paling kita bimbang ialah hilangnya ‘kemanusiaan’. Surrogates dalam filem ini hilang nilai manusia. Berselisih langgar baru tanpa kisah apa-apa. Apabila berlaku kemalangan atau perkara diluar jangka, Surogate hilang rasa.
Banyak simbol dan analogi digunakan terutama untuk menyindir manusia hari ini yang obses dengan mesin.
2. Kesan buruk mesin (baca komputer dan alatan automatik)
Hidup di tengah-tengah mesin adakah sesuatu yang baik dan menyihatkan. Lambakan mesin pada asalnya adalah untuk memudahkan kehidupan manusia.
Namun dari aspek yang lain, apabila sebahagian fungsi kehidupan manusia digantikan oleh mesin, maka manusia akan menjadi objek malas. Tidak lebih dari seperti lembu di kandang dan ayam di reban. Makannya disediankan, kandanganya dibersihkan dan segala urusan lain diuruskan.
Walaupun sebahagin mesin diciptakan untuk meningkatkan kualiti hidup manusia, namun ia separuh benar. Manakan sama mengayuh basikal melewati udara segar dan pokok-poko hijau berbanding kayuhan basikal gim di rumah atau gim.
Lantaran itu, dalam beberapa sudut saya memilih untuk menjadi kuno dan konservatif. Terutama melibatkan kesihatan dan perubatan. Sihat dengan makan sayur segar dan ulama-ulaman saya pilih berbanding ubat dan pil-pil suplemen.
3. (kuasa) jahat versus (kuasa) baik
Kita hidup pada zaman fintah. Zaman yang sukar menentukan siapa baik atau siapa salah secara mutlak. Dalam Surrogate VSI yang mencipta surrogates (untuk tujuan kebaikan manusia) juga akhirnya bersubahat dengan orang jahat yang membunuh surrogates serta terminalnya (baca tuannya) sekali.
Dalam dunia realiti bukankan virus komputer itu ada kaitan rapat dengan bisnes antivirus. Juga gangguan jin dan syaitan itu sangat berkait rapat dengan kewujudan bomoh dan pawang dalam sesuatu kawasan. Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada bomoh, maka disitu wujud banyak sihir dan gangguan.
Ashes of Time Redux (1994 / 2008)
Wong Kar Wai selalu disebut-sebut dalam rebiu-rebiu filem Hong Kong. Satunya tentu kerana filem-filemnya pernah tercalon dan menang dalam anugerah filem paling prestij, Cannes.
Saya amat meminati In The Mood For Love. Manakala Happy Together agak memening dan merunsingkan. Pening kerana babak-babaknya (satunya tentu ‘panas’) yang cepat, kabur dan diam.
Ashes of Time Redux sebuah filem terbitan tahun 1994. Ketika itu pelakon utamanya (Leslie Cheung 1856-2003) masih hidup dan di edit dan tayang semula pada tahun lepas (2008).
Ulasannya
Sehingga separuh masa tayangan, dengan membaca sarikata, saya masih terpinga-pinga apakah cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah. Setelah usai tayangan, saya toleh dan bertanya kepada teman saya. Dia hanya menggeleng tanda tidak faham.
Namun katanya, dia suka filem ini.
Begitu juga saya. Dengan mengetepikan soal cerita yang sukar untuk diterjemah (bahkan pengkritik antarabangsa juga menyebutkan begitu!), Ashes of Time Redux sebuah filem yang menarik.
Tataseni filem-filem Wong Kar Wai mengasyikkan. Bunyi-bunyi instrumen tradisional mengiringi babak-babak filem.
Entah apa lagi yang boleh saya ulas.
Walaupun maksud filem ini masih kabur, namun saya menikmati menonton filem ini.
.
